Showing posts with label Cerpenku. Show all posts
Showing posts with label Cerpenku. Show all posts

Monday, 9 January 2012

.::ikhwan...ikhwan.....::.




ceritanya bermula begini.... 

pada suatu hari d universiti.....
akhowat menerima sms drpd ikhwan yang menjadi secret admirenya yang berbunyi
day 1="your eye look beutiful n cute"
day 2="i c u today, u look very pretty n cute...membuat hatiku berdebar2 dan makin sayang dengan kamu."
day 3=" awak comel bila senyum, boleh tak senyum untuk saya?"
day 4="matamu bersinar, membuat aku berdebar2...senyumanmu menawan,memikat hati yang sedang kesunyian."
day 5="awak cantik hari ini"


setiap kali menerima sms, si akhowat melafazkan istighfar panjang....astaghFIRULLAHalazimmmm....
sepanjang semester itu lah si ikhwan menghantar sms yang kurang lebih je bunyi....
pada awalnya si akhowat x tahu siapakah gerangan si ikhwan....2 3 minggu b4 final exam baru lah diketahui siapa ikhwan n dari mana ikhwan dapat phone num akowat...
mujur si akhowat x pernah me'reply' sms si ikhwan....
oleh kerana si akhowat tidak suka ikhwan itu meminta phone num nya drpd org lain, bukan dgn izin,bkn ikhwan itu sahaja tapi sesiapa saja...si akhowat tidak suka begitu...kerana bagi si akhowat privasi agak terganggu bila dia tidak mengetahui siapakah gerangan insan yang menghubungi....si akhowat menukar phone num nya....x berapa di peduli num yang 1 itu....
berlalu lah kisah si ikhwan dan si akhowat pada sem itu.....
namun...
opsss kisah ini bersambung ke semester seterusnya.... 


dengan cerita baru....
rupa2nya si ikhwan adalah coursemate si akhowat....tapi batch muda skit.....
cun pulak si akhowat ada drop subjek yang sama kelas ngn si ikhwan...n also 1 kebetulan menjadi lab n tutorial group partner si akhowat n si ikhwan tersebut....
mula lah ceritanya....
si akhowat hormat org yang meminta phone num face to face...si ikhwan kononnya minta phone num untuk subjek tersebut.....yup memang la si akhowat bagi phone num andai untuk discussion n apa2 yang berkaitan dengan subjek tu.....
pada awalnya memang si ikhwan n akhowat berbalas sms mengenai akademik....sungguh si akhowat hanya menganggap si ikhwan sebagai seorang kawan yang sebenar2 kawan..not more than that...


1 month early...yup si akhowat n si ikhwan macam group partner....
tapi.....one day....si akhowat menerima sms....
"sudah lama ku pendam...dari last sem....awak x pernah pun reply sms saya...mengapa??awak tau x saya sayang ngn awak dari last sem,saya x tau kenapa..=("
dengan skeeping london...si akhowat me'reply'
"coz i never know who u are n i really dislike who ever taking my phone num without my permission n plus we are just frenz....n 4 me frenz with boys in campus cannot be change to any extra ordinary relationship especially as boyfren n girlfren...lagipun kita kn sedang belajar...setakat diploma,is just the basic..klu diploma kokap..mcm mana nk smbung degree..pleez la...just find another which is better...." 
ok habis untuk hari itu...si ikhwan rasa terkesima....




nantikan sambungan d entri seterusnya...Iza dh ngantuk dh...hehhe...masa pun dh nk tamat...10.30pm nanti ada pulak guard yang teman Iza balik....haha=p
apa2 pun cerita yang Iza kongsi ni..saja2 je..hehe=)


p/s moga ALLAH sentiasa memberi petunjuk dalam kehidupan seharian kita....

Saturday, 24 December 2011

Ku pohon ke ampunanMu



Kupohon keampunanmu

    Semalaman aku termenung. Buntu dengan apa yang hendak aku lakukan. Segala-
galanya menyesakkan fikiran. Dalam saat-saat seperti ini aku tidak tahu apa yang aku
lakukan. Fikiranku bagaikan terlalu sesak hendak memikirkan yang mana satu jalan yang
harus kupilih.
       Esok,semua umat Islam akan mula berpuasa. Bulan Ramadhan sudah tiba.
Kemeriahan untuk menyambut  bulan mulia kini sudah mula terasa.
       Aku yang kesepian di perantauan ini juga terkulat-kulat mendengar pengumuman
puasa sebentar tadi. Dalam kepalaku terbayang keindahan dan keseronokan berpuasa di
kampung halaman. Baharu tadi adik-adikku sibuk bercerita mengenai pelita yang mereka
buat daripada tin susu. Aku tumpang gembira. Cuma aku agak terkilan apabila ayah
masih tidak mahu berbicara dengan diriku.
       Aku telah bertekad, aku mahu pulang ke kampung halaman menjelang bulan suci ini.
Tiket bas ekspres sudah aku beli kelmarin. Aku sudah mula terasa-rasa lembaian bayu
lembut yang membelai seluruh genap batang tubuhku yang terdedah.
       Tapi kali ini aku terfikir kembali. Apakah kepulanganku nanti akan bersambut?
Apakah mereka sudah bersedia untuk menyambut kepulanganku?Dan apakah ayah telah
memaafkan ku?
         Lima tahun yang lalu…
 “Pergi kau dari rumah ini! Aku tidak mahu lagi melihat anak yang tak tahu diuntung dan
tidak tahu mengenang budi. Kau bukan lagi anak aku!” Masih terngiang-ngiang di cuping
telingaku jeritan ayah di subuh yang hening itu.
       “Ayah! Iza tak berniat nak membantah kata-kata ayah. Tapi…” belum sempat aku
habiskan kata-kataku, ayah sudah menolak tubuhku dengan kasar.
       “Jangan kau panggil aku ayah lagi. Aku bukan ayah kau. Anggap saja ayah kau
sudah mati. Sekarang berambus kau dari sini. Kalau kau rasa kau sudah boleh buat
keputusan sendiri,pergi kau dari sini! Aku tidak mahu tengok muka kau lagi. Pergi!”
       Aku tahu keputusan ayah sudah muktamad. Ayah yang kukenal ialah seorang ayah
yang tegas. Putih katanya, putihlah yang harus dibuat dan hitam katanya, hitamlah harus
jadi pilihan. Rela atau tidak aku sudah tiada pilihan lagi. Aku harus menerima sahaja
kenyataan ini.
       Emak sudah teresak-esak di belakang ayah . Pastinya emak juga tidak berani untuk
membantah keputusan yang telah dibuat oleh ayah. Emak juga sudah terdidik untuk patuh
kepada suaminya. Dengan juraian air mata aku bingkas bangun. Kuatur langkahku
perlahan,tubuhku longlai. Aku turun ke bawah dan menghilangkan diri ke dalam bilik air
yang terletak di belakang rumah.
       Setelah membersihkan luka aku kembali ke rumah. Sebelum aku menjejakkan kaki
ke anak tangga,tiba-tiba singgah beg pakaian di hujung kakiku. Apabila aku mendongak,
wajah ayah terpacul. Tanpa belas kasihan ayah telah menghalau aku keluar dari rumah
tempat darahku tumpah suatu ketika dahulu. Dengan linangan air mata, terpaksa juga aku
melangkah pergi. Sebak di hati hanya tuhan saja yang tahu. Di penghujung subuh itu aku
berangkat ke Kuala Lumpur. Mencari ketenangan di tempat asing.  Menjejak sinar yang
tak pasti.
       Punca ayah mengamuk adalah kerana aku telah menolak pinangan daripada anak
sahabatnya. Sedangkan ayah sudah tahu aku baru sahaja menerima tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Aku belum sanggup lagi hendak
menggadai masa depanku demi sebuah perkahwinan. Bagiku perkahwinan itu satu
perjudian. Mengapa aku hendak mengejar sesuatu yang tidak pasti sedangkan yang
menanti di hadapan adalah suatu kepastian. Dek kerana keenggananku untuk berkahwin,
ayah mengamuk sakan. Dan apabila aku berkeras, ayah juga berkeras dengan
keputusannya. Lumat pipiku ditamparnya,mujur ada ibu yang cuba untuk meleraikan
kemarahan ayah dikala itu.
       Kini, apa yang aku kejar sudah kuperolehi. Dalam genggamanku sudah ada segulung
ijazah dalam bidang kedoktoran. Dan aku juga sudah bergelar doktor pakar bedah otak di
sebuah hospital tempatan di ibu kota. Aku masih lagi berhubung dengan adik beradikku
serta ibuku yang kini sudah mula sakit-sakit akibat terlalu kuat bekerja.
       Ibu sudah tidak kuat seperti dahulu lagi. Menurut adikku, ibu semakin susut. Raut
wajah ibu yang dulu sering ceria kini semakin cengkung. Aku terlalu ingin hendak
melawat ibu yang pastinya menanti kepulanganku. Sudah pasti ibu sangat merinduiku
lantaran aku merupakan anak sulung yang paling rapat dengannya. Sudah lama ku
pendamkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman. Semuanya gara-gara ayah yang
masih belum dapat memaafkanku. Setiap kali aku tanyakan ibuku sama ada ayah masih
marahkan aku atau tidak ibu hanya mendiamkan diri. Kebisuan ibu sudah cukup untuk
kutafsirkan jawapannya
       Biarlah, biarlah aku berpuasa sekali lagi seorang diri. Bukan baru sekali ini aku
terpaksa berpuasa pada hari pertama seorang diri. Sejak empat tahun yang lalu, itulah
yang aku alami. Itulah hakikatnya yang terpaksa aku telan. Hakikat yang aku sendiri
tidak tahu bilakah akhirnya dan di manakah penghujungnya hubungan dengan ayah.
       Hari ini, semua umat Islam mula berpuasa, aku adalah salah seorang antaranya.
Perit rasanya nasi yang kutelan ketika bersahur tadi. Dan kini, aku berhadapan dengan
waktu berbuka yang terpaksa aku lalui seorang diri. Biasanya hari pertama puasa, semua
rakan-rakan serumahku akan pulang ke kampung masing-masing untuk berbuka puasa
dengan keluarga sendiri. Aku keseorangan, sebaik sahaja aku pulang dari tempat aku
bekerja, aku memasak seadanya. Aku berbuka dengan apa yang ada. Tidak perlu masak
mengikut apa yang hendak aku makan kerana yang pastinya aku akan keseorangan.
       Sebaik sahaja azan berkumandang, air mataku menitis dahulu mengiringi doa
berbuka puasa. Betapa sedih dan pilunya di hati. Kesedihan yang tak mampu kutahan
lagi. Belum sempat aku menjamah makanan, rasa sebak terlebih dahulu mengalasi
perutku yang lapar. Aku tinggalkan makanan yang belum berjamah lalu menuju ke bilik.
Tubuh yang lesu kuhempaskan ke katil, air mata tidak dapat kutahan lagi. Tiket bas yang
sudah tidak berguna itu kurenyuk dan kulontarkan ke dalam bakul sampah disisi katil.
       Ayah, mengapa terlalu sukar untuk kau hadiahkan keampunan itu buat anakmu yang
seorang ini? Terlalu besarkah dosa yang telah aku lakukan? Tiadakah lagi peluang
untukku perbaiki kesilapan ini? Tidakkah kau berbangga melihat  anakmu yang seorang
ini telah berjaya? Tika aku kecil, kau juga yang meniupkan api semangat supaya
aku rajin belajar hingga ke menara gading. Tetapi mengapa langkahku ke menara kau
sekat semata-mata kau mahu aku mengganding tangan anak temanmu itu di atas pelamin
yang aku rasa bila-bila masa saja boleh kudirikan. Kalau benar itu yang kau harapkan,
aku sudah bersedia sekarang. Katakan saja bila, aku sudah cukup bersedia.
       Kringg…
       “Hello, kak Iza ya. Tini sini. Tini nak bagitahu akak, ayah  sakit. Lepas berbuka tadi
dia jatuh semasa hendak ke surau. Tapi taklah teruk sangat. Tini cuma nak bagitahu saja.”
Suara tini, adikku bongsuku kedengaran tenang.
       “Akak balik ya?”
       “Mak kata, tak usah dulu. Tadi emak dah bagitahu ayah, emak nak suruh akak balik.
Tapi ayah tak bagi. Akak tak payah balik dulu ye. nanti kalau ayah dah tenang,Tini
bagitahu.”Pujuk Tini.
       Aku terdiam. Dalam keadaan sakit begitu pun, ayah masih berdegil. Ayah tidak
langsung merindui anak sulungnya ini. Ayah keras hati. Dan suatu ketika dahulu aku
pernah mewarisi perangainya yang satu itu. Suatu ketika dahulu, aku pun pernah keras
hati apabila ayah memaksa aku berkahwin.
       “Akak, janganlah risau. Ayah tak apa-apa. Tadi ayah beriya-iya suruh Tini
buatkan air sirap selasih. Tentu ayah rindukan akak. Tapi ayah tak mahu bagitahu. Sabar
ya kak.”
       Air mata sekali lagi menitis pilu. Ayah cuba sembunyikan kerinduannya. Memang
sejak kecil lagi aku dan ayah sentiasa tidak pernah lupakan air sirap selasih setiap kali
menjelang bulan Ramadhan. Kami sama-sama gilakan air sirap selasih.
       “Baiklah kak, Tini tak boleh cakap lama.”
       “Baiklah, nanti kalau ada apa-apa, Tini jangan lupa bagitahu pada akak ya.” Aku
sempat berpesan sebelum meletakkan gagang telefon.
       Kini bulan Ramadhan hampir ke penghujungnya. Seminggu lagi Syawal akan
menjelang tiba. Aku tidak peduli, tahun ini aku mesti pulang. Aku sudah tidak peduli
sama ada ayah mahu memaafkan aku atau tidak. Yang pastinya aku akan sujud di kaki
ayah andai itu yang ayah mahu aku lakukan. Aku sudah pun bersiap sedia mahu pulang
ke kampung halaman. Biarkanlah, sama ada ayah mahu menyambut kepulanganku atau
tidak. Bukankah aku anak ayah, aku mewarisi sifat keras hati ayah itu?
        Aku sudah pun bersiap sedia dengan barang-barang yang hendak aku bawa pulang
ke kampung. Semua orang ada bahagiannya sendiri. Untuk ibu aku belikan sepasang baju
kurung begitu juga dengan adik-adik yang lain. Untuk ayah aku tidak lupa, aku belikan
sepasang baju melayu berwarna putih susu, warna kegemaran ayah.
       Aku sudah bersedia menghadapi segala rintangan yang akan datang. Kalau ayah
hendak mencincang seluruh tubuhku ini pun tidak mengapa. Asalkan aku dapat memohon
keampunan daripadanya. Tapi kali ini aku yakin, ayah akan memaafkan aku. Ayah tidak
akan sampai hati melihat juraian airmataku. Ayah yang kukenal ialah seorang ayah yang
penyayang Cuma sengaja tidak ditunjukkan di depan anak-anaknya.
       Hari ini…
       Aku akan pulang ke kampung halaman yang sudah sekian lama tidak aku
jenguk.Terasa hati ini menyanyi-nyanyi riang. Ada gelisah menghampiri dada dan ada
debar mengetuk pintu hati. Aku tidak dapat menjangka bagaimana sambutan daripada
kaum keluarga. Adakah mereka gembira menyambut kepulanganku atau sebaliknya???
       Kringg…
       Telefon menjerit nyaring minta diangkat. Aku sudah siap menyarungkan kasut ke
kaki. Pintu juga sudah siap kukunci. Sebab itu aku malas hendak masuk semula ke dalam
rumah. Biarlah telefon itu menjerit semahu-mahunya. Aku sudah tidak sabar lagi hendak
pulang ke kampung halaman yang aku rindui.
       Dengan tenang aku memandu menuju ke kampung halaman yang sudah sekian lama
kutinggalkan. Sebelum masuk ke pekarangan Kampung Seroja, sempat juga aku berhenti
di kedai makan Mak Lijah yang letaknya di tepi simpang masuk ke kampungku. Mak
Lijah tiada di gerai. Yang ada hanyalah anaknya yang kali terakhir kutemui ketika gadis
manis itu berusia empat belas tahun. Kini gadis itu sudah kelihatan lebih kurang sebaya
denganku. Aku hanya tersenyum sahaja bila gadis itu mencerunkan matanya kepadaku.
Ketika itu waktu berbuka puasa sudah hampir tiba.
          Sedang aku minum, tiba-tiba aku tersedak. Perit rasanya tekak apabila air limau
masam itu melalui tekak yang kering. Anak Mak Lijah mengalihkan pandangannya
kepadaku. Kubalas senyumannya sambil mengurut dada.
       Entah kenapa tiba-tiba dadaku rasa berdebar. Nasi yang dikunyah terasa keras dan
pahit. Hatiku rasa tidak keruan. Segera kubayar harga makanan dan kembali meneruskan
perjalanan. Sebaik sahaja kujejakkan kakiku ke halaman rumah papan dua tingkat itu, air
mataku tiba-tiba meleleh. Entah mengapa aku menangis,aku sendiri tidak pasti. Mungkin
kerana sedih, kepulanganku tidak bersambut. Di mana adik-adikku yang lain? Tidakkah
mereka sedar akan kepulanganku?
       Tiba-tiba aku terdengar suara orang menangis dan meratap. Suara itu seperti suara
adikku, Tini. Kenapa Tini menangis?Adakah Tini mengalami nasib yang sama denganku
suatu ketika dahulu?Semakin lama suara ratapan itu semakin kuat. Dan aku terdengar
nama ayah disebut-sebut berulang-ulang kali dalam nada yang menyayat hati.
       Dalam debaran yang mulai memuncak aku melangkah ke arah pintu. Rumah yang
terang benderang dengan lampu itu kelihatan suram.
Tiada sesiapapun di ruang tamu. langkahku semakin laju menghampiri bilik ayah. Tentu
ayah sedang berada di biliknya dan sedang bersiap-siap hendak ke masjid untuk
bersembahyang terawih. Malam ini malam Jumaat,tentu ayah bermalam di masjid. Aku
mahu melutut di kaki ayah memohon keampunan.
       Ayah! Maafkan Ariza.
       “Assalamualaikum!” Salam yang kuberi bersambut.
       Kulihat Tini sedang menangis di sisi katil. Ibu juga di situ dan semua adikku juga
ada di sisi katil. Ayah masih sakitkah? Kenapa Tini tidak memberitahu padaku, ayah
masih sakit?
       Ayah! Iza pulang, Iza juga rindu pada ayah. Kasihan ayah terlantar sakit. Tentu ayah
juga rindukan Iza.
        “Kak Iza…”Tini menerpa ke arahku yang masih tercegat di hadapan pintu bilik.
       “Kenapa ni dik?”Aku bertanya hairan.
       “Ayah…” Hanya itu yang keluar dari mulut Tini. Aku jadi tidak sedap hati.
       Sebaik sahaja aku melangkah menghampiri katil tempat ayah selalu berbaring, yang
menyambutku hanyalah sekujur tubuh kaku yang sangat aku rindui selama bertahun-
tahun. Aku terjelopok di sisi katil ayah. Tak semena-mena tangisan berhamburan
       “Ayah, kenapa pergi dulu. Iza minta ampun.”Aku meratap pilu. Airmata hangat
mengalir dipipi. Tubuh ayah kugoncang.
       Ayah kenapa ayah pergi dulu? Kenapa tak tunggu kepulanganku? Anakmu ini tidak
sempat memohon keampunan, tidak tercapai hasratku hendak merayakan Aidilfitri
bersamamu. Ayah…
       Ayah telah kembali ke rahmatullah lima minit sebelum aku muncul di pintu bilik.                                                                    
       Ayah pergi dengan tenang. Ayah sempat berpesan, katanya dia sudah memaafkan
aku dan mahu aku mencari jodoh yang sesuai dengan diriku. Dia tidak mahu aku hidup
sendirian selama-lamanya di kota yang banyak cubaan dan godaan serta rintangan itu.
Pagi tadi, Tini sudah cuba menghubungi aku tapi gagal. Mungkin panggilan itu yang
tidak aku jawab pagi tadi. Betapa aku menyesal. Aku kesal! Namun, nasi sudah menjadi
bubur. Ayah telah pergi dan takkan kembali lagi. Walau bagaimana perit sekalipun, aku
harus menerima suratan takdir. Aku masih ada ibu, masih ada adik-adik yang perlukan
perhatian.
       Ayah… Iza berjanji, Iza akan jaga ibu dan adik-adik. Iza tidak sia-siakan keluarga
kita. Ini janji Iza…. Semoga ayah tenang di sana.

Bila aku menangis lagi…
Menangisi dosa-dosa lalu
Kini kuinsafi diri…..

Ya Allah, kumohon padaMU
Keampunan….
Menangis sendiri
Apakah taubat ku diterima
Sungguh janji Allah itu benar
tapi hati tetap resah apakah
taubat ku diterima…..

cuba meyakinkan diri
tapi setelah ku congak
aku menangis lagi
terlalu sedikit kebajikan
apakah ada naungan untukku di padang mahsyar
apakah tangan kanan ku mendapat penghormatan
apakah terlepas dari timbangan al mizan
apakah mudah bagi ku melalui titian siratMu

Ya Allah
Bagaimanakah nasib ku Ya Allah
Pohon padaMu ya Allah keampunan