1
i choose to be silent
so that i can hear all of what u're saying
i will just smile when ever u're telling
so that u'll not feel uncomfortable
and so u'll continue ur speech without any interuption
i may not response well, maaf
cause i think it doesnt help much
maybe just make it worse
so thats why i'm choose to be silent..
2
bukanlah diriku untuk memintas
bukanlah aku untuk berebut
bukanlah Iza untuk mendengar separuh sahaja
kata-kata yang terlafaz dari kamu
ku ingin segalanya jelas
bukan tergesa-gesa dan akhirnya
terpaksa membuang masa lagi untuk menjelaskannya
biar lambat asal selamat
tapi bolehkah kamu juga begitu
mendengar sepenuhnya
sebelum melontarkan respon?
3
ia begitu abstrak
sesiapapun punya makna tersendiri dalam mentafsirkannya
termasuklah diriku
apa yang pasti
bagiku
once we're on it
there will be a ties
and for me that ties will not break
till the one of us who cut it
juga bukanlah berkumpul itu satu matlamat
kerana jika berkumpul begitu
the ties just stop among us
just let it be the end of tie
so that we can make new ties with it
eyh, dh merepek ~_~"
4
awak..
boleh sik mun awak sik plh saya serbasalah ouh
i know that u're busy
so that i'm the one who make it instead of u.
maaf, my mistake
of not telling u early
maaf Sahabat T_T
5
ukhuwwah..
dari form 1 mmg dgr word tk jk. sampeykn group Iza masa kem A form 5 pn UKHUWWAH..
lagu tema pn selalu jk lagu "akrab persahabatan"...setiap kali malam keagamaan mmg lagu ya jk la d mbak nasyid..=) rindu dengan suasana itu...dh faham mengenai ukhuwwah start la ada usrah..dalam usrah ada term tautan hati..lps tautan hati hadirnya term ukhuwwah n mahabbah
knek tk, pn masih jwk ukhuwwah ya popular..
seriously the word itself make the great impact!! sebut jk ukhuwwah hati mula bergetar...hmm..
6
7
everyday is a great day, so start your great day with SMILE^___^
Showing posts with label surah. Show all posts
Showing posts with label surah. Show all posts
Tuesday, 4 September 2012
Saturday, 17 March 2012
Re:..::SaBaR KeyH::...^___^~>Al-Baqarah : 263...
Jadi, apabila kita tidak dapat menghindarkan diri dari mengucapkan kata-kata yang melukai perasaan atau menyebut-nyebut pemberian itu, baik ketika memberikan atau pun sesudahnya, maka lebih baiklah kita tidak bersedekah tetapi ucapkanlah kata-kata yang baik dan menyenangkan kepada orang yang meminta sesuatu kepada kita. Itu lebih baik daripada memberikan sesuatu yang disertai dengan caci-maki, dsb.
Pada akhir ayat ini Allah swt. menyebutkan dua sifat di antara sifat-sifat kesempurnaan-Nya, yaitu Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Maksudnya ialah Allah Maha Kaya, sehingga Ia tidak memerintahkan kepada hamba-Nya untuk menyumbangkan harta-bendanya untuk kepentingan Allah, tetapi untuk kepentingan hamba itu sendiri. Yaitu membersihkan diri, dan menumbuhkan harta mereka, agar mereka menjadi bangsa yang kuat dan kompak, serta saling tolong-menolong.
Allah swt. tidak menerima sedekah yang disertai dengan kata-kata yang menyakitkan hati karena Allah hanya menerima amal kebaikan yang dilakukan dengan cara-cara yang baik.
Dan Allah Maha penyantun kepada hamba-Nya yang tidak menyertai sedekahnya dengan kata-kata yang menyakitkan, atau yang suka menyebut-nyebut sedekahnya itu setelah diserahkan atau ketika menyerahkannya. Oleh karena Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, maka Allah kuasa pula untuk memberikan ganjaran dan pertolongan kepada hamba-Nya yang suka menafkahkan hartanya dengan ikhlas.
sadaqALLAHulazim...
wALLAHu a'lam....moga bermanfaat dan selamat beramal^___^
copy paste dari: fesbuk
Friday, 16 March 2012
just some share^__^
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya
[QS al-Humazah:2]
Dalam ayat ini Ia menyatakan sebab kecelakaan dan kebinasaan mereka yaitu karena mereka memperkaya diri sendiri serta selalu menghitung-hitung harta kekayaannya itu karena sangat cinta dan senangnya kepada harta seakan-akan tidak ada kebahagiaan dan kemulyaan dalam hidup kecuali karena harta. Bila ia menoleh kepada hartanya yang banyak itu ia merasakan bahwa kedudukannya sudah tinggi dari orang-orang sekelilingnya.
Dia tidak merasa khawatir akan ditimpa musibah karena ia mencerca dan merobek-robek kehormatan orang lain. Karena kecongkakannya ia lupa dan tidak sadar bahwa maut selalu mengintainya, tidak memikirkan apa yang akan terjadi sesudah mati dan tidak pula merenungkan apa-apa yang akan terjadi atas dirinya.
sadaqALLAHulazim....
selamat beramal....^____^
Thursday, 1 March 2012
opening of this month ^___^
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ يَقُولُونَ هَلْ لَنَا مِنَ الأمْرِ مِنْ شَيْءٍ قُلْ إِنَّ الأمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ يُخْفُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ مَا لا يُبْدُونَ لَكَ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأمْرِ شَيْءٌ مَا قُتِلْنَا هَا هُنَا قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُور
ertinya: Kemudian Dia (Allah) turunkan kepada kamu ketenteraman selepas kesedihan, iaitu rasa mengantuk yang mengenai segolongan daripada kamu sementara segolongan (yang lain) mementingkan diri sendiri (hinggakan) mereka mengadakan prasangka yang tidak benar terhadap Allah, iaitu prasangka Jahiliyyah. Mereka berkata: “Apakah ada sesuatu (kekuasaan) bagi kita dalam urusan ini?” Katakanlah: “Seluruh urusan itu kepunyaan Allah.” Mereka menyembunyikan dalam diri (hati) mereka hal yang mereka tidak nyatakan kepada engkau (Muhammad saw). Mereka berkata: “Sekiranya ada bagi kita sesuatu (kekuasaan) dalam urusan ini tentu kita tidak terbunuh di sini.” Katakanlah: “Walaupun kamu berada di dalam rumah kamu, nescaya orang yang sudah ditentukan terbunuh itu akan keluar ke tempat mereka terbaring (menemui ajal).” Dan kerana Allah hendak menguji apa yang ada di dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hati kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) terhadap isi hati.
[QS ali-Imran:154]
Monday, 6 February 2012
Haiwan teladan....(profesional surger)..^___^
Apabila anda terluka, darah anda akan berhenti mengalir dengan sendirinya. Ini kerana darah dapat membeku dan berhenti mengalir. Allah telah menjadikan darah dengan kualiti seperti ini untuk melindungi manusia. Jika darah tidak dapat membeku dengan sendirinya, luka kecil di jari anda atau luka kerana terjatuh ketika berlari boleh menyebabkan kematian kamu, kerana kamu tidak dapat menghalang pendarahannya. Ia amat penting kepada kita. Tetapi, nyamuk mungkin tidak gemarkannya. Mengapa? Kerana, apabila nyamuk mula menyedut darah, ia akan menjadi beku dan tidak akan dapat disedut. Jika ini berlaku, nyamuk tidak akan wujud, kerana tidak seekor nyamuk dapat memberikan protein kepada telur-telurnya.

Sekali lagi Allah telah menjadikan satu kemahiran unik untuk proses ini. Bagaimana? Sebelum nyamuk mula menghisap darah, ia mengeluarkan satu cecair khas, yang Allah kurniakan kepadanya, ke dalam saluran darah sesiapa yang dihinggapinya. Dengan cara ini, darah di kawasan ini tidak akan membeku dan nyamuk dapat menyedutnya. Cecair ini juga mempunyai kualiti lain. Apabila nyamuk menjalankan kerjanya, anda tidak akan merasa apa-apa, kerana bahan ini telah mengebaskan kawasan yang digigit nyamuk. Cecair ini seperti anestesiayang digunakan oleh doktor gigi atau pakar bedah. Doktor memberikan sejenis dadah supaya anda tidak merasa sakit, dan memang anda tidak merasanya. Jadi, nyamuk juga bekerja seperti seorang doktor. Mulanya ia membius dan kemudian menghisap. Selepas nyamuk menggigit anda, anda akan merasa sedikit gatal dan bengkak. Punca rasa gatal dan bengkak ini adalah cecair ini. anda mungkin beranggapan perkara ini memakan masa yang panjang. Tetapi nyamuk ini melakukan semuanya di dalam masa yang singkat. Anda hanya merasa kesan gigitannya setelah ia menyelesaikan kerjanya dan mengemas kembali peralatannya.
Sekarang, mari kita fikirkan bersama. Nyamuk hanya bersaiz hujung pensil, tetapi kerja yang dilakukan amat penting dan sempurna. Pada pandangan anda, apakah nyamuk-nyamuk ini dapat memikirkan semua ini? Untuk menghalang pembekuan darah manusia, membius kawasan gigitannya supaya ia tidak menyakitkan, menghasilkan mata yang dapat melihat pada waktu malam, menyusun telurnya dalam bentuk rakit supaya ia tidak tenggelam. Ia tidak dapat menciptanya, bukan? Allah telah menjadikan hidupan dengan sifat-sifat yang bersesuaian untuknya supaya ia dapat mencari makan sendiri, melindungi diri dan menyelamatkan diri. Ini membuktikan betapa Allah amat mengambil berat, Maha Penyayang dan melindungi.
Sumber: Harun Yahya
info tambahan...:...boleh tengok kat sini...^___^
firman ALLAH surah al-Baqarah:
"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat pertunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik."
moga kita golongan orang yang sentiasa mendapat petunjuk ALLAH...^__^
wALLAHu a'lam...moga bermanfaat.....
Monday, 30 January 2012
::sedikit::
Bismillah...
assalamualaikum...
hmm pada asalnya Iza nak post tentang sesuatu...tapi last2 lain pulak jadinya...xpe la..Iza nak kongsi Ilmu yang baru Iza dapat tadi....before nak attend meeting ada mjlis ilmu kat masjid,so Iza join la walaupun kejap
ilmu pelindung diri yang simple..
3qul...al-ikhlas,al-falaq,an-nas
1. tadah tangan semacam nak berdoa.. tapi tangan yang ditadah ni kenalah dekat, so boleh rasa hembusan nafas kita....
2. baca surah 3qul..pastikan bahang water vapour dari nafas kita tu terasa kat tangan..
3.dh habis baca raupkan tangan ke muka dan ke sekeliling badan kita yang dapat dicapai....
lebih kurang gitu lah..moga bermanfaat....ust tadi kata ni jika amalkan, gangguan misteri tu insyaALLAH xde.
p/s ust td ada bagi hadis, tapi maaf Iza x sempat nk salin....
assalamualaikum...
hmm pada asalnya Iza nak post tentang sesuatu...tapi last2 lain pulak jadinya...xpe la..Iza nak kongsi Ilmu yang baru Iza dapat tadi....before nak attend meeting ada mjlis ilmu kat masjid,so Iza join la walaupun kejap
ilmu pelindung diri yang simple..
3qul...al-ikhlas,al-falaq,an-nas
1. tadah tangan semacam nak berdoa.. tapi tangan yang ditadah ni kenalah dekat, so boleh rasa hembusan nafas kita....
2. baca surah 3qul..pastikan bahang water vapour dari nafas kita tu terasa kat tangan..
3.dh habis baca raupkan tangan ke muka dan ke sekeliling badan kita yang dapat dicapai....
lebih kurang gitu lah..moga bermanfaat....ust tadi kata ni jika amalkan, gangguan misteri tu insyaALLAH xde.
p/s ust td ada bagi hadis, tapi maaf Iza x sempat nk salin....
Tuesday, 3 January 2012
Surah Al-baqarah ?...
Assalamualaikum.....(ini menurut apa yang Iza ketahui)wALLAHu a'lam..minta di perbetulkan apa yang silap dan tambahkan apa yang kurang...
Soalan=....apa yang hebat sangat surah al- Baqarah sampai bila kita memasuki rumah baru dan dibacakan surah ini...syaitan tidak berani memasuki rumah tersebut...
terus terang memang susah berbicara mengenai surah2 ...suatu ketika Ust ada menyatakannya, namun Iza manusia yang mudah lupa... mungkin Iza tak mampu menjawab dengan baik, tapi di sini sedikit perkongsian...moga bermanfaat...
Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: “Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga.”
Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan: “Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi.”
Dari Abu Hurairah, katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“ Barangsiapa membaca surah al- Baqarah sesudah masuk ke rumah, nescaya tidak ada syaitan berani memasuki rumahnya"
1. Kekuatan surah ini terletak pada awal surah, pertengahan dan juga akhir surah...iaitu...
“barangsiapa membaca sesudah solat fardu aytul kursy maka tidaklah ada menghalanginya masuk syurga, hanya menanti saatnya meninggal dunia sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri, dalam memilih Amir(ketua) adalah golongan yang hafal surah Al - Baqarah...di sini salah satu bukti keutamaan surah Al-Baqarah..
3. Ingin pula Iza selitkan kisah tentang pencuri mengajarkan Ayat kursy:
...wALLAHu a'lam...
banyak lagi kelebihan, manfaat bagi surah al-Baqarah yang lain yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita selain yang Iza nyatakan...insyaALLAH, dilain ketika Iza bicarakan....
...wALLAHu a'lam...
Soalan=....apa yang hebat sangat surah al- Baqarah sampai bila kita memasuki rumah baru dan dibacakan surah ini...syaitan tidak berani memasuki rumah tersebut...
terus terang memang susah berbicara mengenai surah2 ...suatu ketika Ust ada menyatakannya, namun Iza manusia yang mudah lupa... mungkin Iza tak mampu menjawab dengan baik, tapi di sini sedikit perkongsian...moga bermanfaat...
Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: “Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga.”
Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan: “Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi.”
Dari Abu Hurairah, katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“ Barangsiapa membaca surah al- Baqarah sesudah masuk ke rumah, nescaya tidak ada syaitan berani memasuki rumahnya"
1. Kekuatan surah ini terletak pada awal surah, pertengahan dan juga akhir surah...iaitu...
- 5 ayat pertama
- Ayat ke 255(ayat kursi)(puncak al-Quran)
“barangsiapa membaca sesudah solat fardu aytul kursy maka tidaklah ada menghalanginya masuk syurga, hanya menanti saatnya meninggal dunia sahaja.”
- 2 ayat terakhir
“barangsiapa membaca 2 ayat akhir dari surah al-Baqarah pd mlm hari, nescaya keduanya akan memelihara dia(dr bencana).”. [HR Abu Daud]
2. Sebagaimana yang di ketahui,mengapa surah ini diletakkan di bahagian hadapan setelah surah al fatihah begitulah juga keutamaan surah ini... Apa yang pasti mentadabbur surah ini banyak memberi pengajaran dan tarbiah yang diperolehi..
2. Sebagaimana yang di ketahui,mengapa surah ini diletakkan di bahagian hadapan setelah surah al fatihah begitulah juga keutamaan surah ini... Apa yang pasti mentadabbur surah ini banyak memberi pengajaran dan tarbiah yang diperolehi..
Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di hasankannya, Ibmu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah shallallaahu 'alayhi wa sallam telah mengutus satu jema'ah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar, Rasulullah SAW telah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dari setiap orang dari mereka. Baginda SAW telah mendatangi seorang lelaki yang paling muda di antara mereka lalu bertanya, "Adakah kamu menghafal Al-Qur'an?". Lelaki itu menjawab, "Ya, aku hafal beberapa surah dan surah Al-Baqarah". Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apakah kamu hafal surah Al-Baqarah?". Pemuda itu menjawab, "Ya". Rasulullah SAW pun bersabda, "Pergilah, kamu adalah amir mereka". Seorang lelaki dari kalangan mereka berkata, "Demi Allah! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya". Rasulullah SAW telah bersabda, "Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia, karena sesungguhnya perumpamaan Al-Qur'an itu bagi sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya di setiap tempat. Barang siapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalah seumpama tempat penyimpanan yang mengandung kasturi yang tertutup".
Sebagaimana dalam kitab At-Targhib.
Rasulullah SAW sendiri, dalam memilih Amir(ketua) adalah golongan yang hafal surah Al - Baqarah...di sini salah satu bukti keutamaan surah Al-Baqarah..
3. Ingin pula Iza selitkan kisah tentang pencuri mengajarkan Ayat kursy:
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, sehingga dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
“Dia berbohong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”
Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.
Dan, benar sekali pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.
Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”
“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”
Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
...wALLAHu a'lam...
banyak lagi kelebihan, manfaat bagi surah al-Baqarah yang lain yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita selain yang Iza nyatakan...insyaALLAH, dilain ketika Iza bicarakan....
...wALLAHu a'lam...
moga kita berada dalam kalangan dan golongan yang sentiasa mengingati Al-Quran..bertafakkur dan tadabbur dengannya...amiin..^__^
Subscribe to:
Posts (Atom)



