Sunday, 29 January 2012

Hati ini....

ya ALLAH...
sungguh hati ini 
sudah hitam bak arang
masih adakah peluang untukku
memutihkannya kembali???
sebagaimana yang telah KAU pinjamkan di awal kelahiranku???

ya ALLAH...
betapa diri ini kurang mensyukuri
nikmat yang KAU berikan
betapa diri ini kurang sabar 
menghadapi segala dugaan yang KAU berikan
betapa diri ini selalu ingkar
terhadap segala perintahMU
masih adakah ruang untukku
bersujud memohon ampunanMU???
meminta kepadaMU???

ya ALLAH..
sungguh hati ini sudah terlalu lama
tidak merintih..
tidak merayu...
tidak memohon..
tidak menangis..
tidak mengingati...
diriMU...
masih adakah peluang dan waktu untukku???

ya ALLAH...
sungguh diri ini
begitu lemah
 begitu kerdil
begitu hina
dihadapanMU
dihadapan RasulMU
layakkah diri menerima ampunanMU???

ya ALLAH...
betapa malunya
hati dan diri ini
memohon kepadaMU
sedang hati dan diri ini
selalu ingkar terhadap suruhanMU
apatah lagi laranganMU...

ya ALLAH..
MAHA suci ENGKAU
yang telah mencipta 
langit dan bumi
beserta isi keduanya..
andai masih ada ruang
andai masih ada peluang 
dan andai masih ada waktu
untukku kembali kepada jalanMU
tunjukkanlah aku ya RABB
pimpinlah aku ya ALLAH
dan jangan sesekali ENGKAU lepaskan
pimpinanMU daripadaku..
sungguh aku amat memerlukannya
setiap detik waktu
setiap saat masa
selagi nafas yang KAU pinjamkan
belum lagi terhenti...

ya ALLAH...
hanya padaMU lah
aku meminta
aku merayu
aku memohon
aku merintih
kerana hanya ENGKAU
sajalah yang teramat tahu
tentang isi hati ini
yang teramat tahu dan kenal dengan diri ini
malah lebih dari diri ini mengenali diri..
pimpinlah aku kejalan yang ENGKAU redhai
kuniakanlah kekuatan kepadaku menghadapi mehnah dan tribulasi
yang ENGKAU kurniakan

sesungguhnya ENGKAU lah MAHA segalanya
tiada yang mampu menandingiMU....

Friday, 27 January 2012

::dal lam ya mim mim alif...::

assalam...teringin mk deactivate akaun fesbuk....


tapi bila fikir balik....


'ada banyak benda '
'banyak tanggungjawab terbantut'
'banyak yanga akan mencari(byk lh sangat...hehhe)'...


tapi banyak lh...


famili,sahabat, kawan karib, rakan,squad,teman,ukhuwwah, akademik, mencari/menjadi DAily's Inside Entrance...


semua benda ada kaitan dengan fesbuk......
tapi kalau Iza masih ada fesbuk kalau x bukak kurang lebih jk just beberapa benda xda.....


active/deactivate??

Thursday, 26 January 2012

hmm

Pasrah dan Redha itu perlu tapi jangan PUTUS ASA!!!!

::Iza geram dengan seseorang...

Wednesday, 25 January 2012

quotes...

~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~
✿ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan,
✿ambillah waktu untuk bermain , itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
✿ambillah waktu untuk brdoa, itu adalah sumber ketenangan,
✿ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
✿ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
✿ambillah waku untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan,
✿ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga...
~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~☆~

Alhamdulillah...

Daripada al-Nu'man Bin Basyir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bercakap mengenai nikmat ALLAH beerti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya beerti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur yang banyak, dan sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada ALLAH."
[HR Imam Ahmad dan Baihaqi] 

an experience..today with morals

assalamualaikum...
hari ini kelas jam 8 pagi...ece246( c programming)..
mcm biasa lecturer suh sambung lab chapter 4 ..sal function in programming...
oraits xmk panjg2 stright to the heart..
once the lecturer ronda2,nya agk Iza...tetiba mengeluarkan soalan berbunyi..
apa beza formal n actual..simple jk pun sebenarnya... tapi Iza x baca habis lab manual(sapa suh nk??padan muka Iza.)trus plh keja len iaitu menyiapkan lab report yang banyak masalah sambil on9...ngehhehe...
. jadi dengan terang lagi jelas xmk tutup2 Iza padah Iza x twk...hehe...berterus terang itu lebih baik daripada menipu....kan ada pepatah arab yang lebih kurang maksudnya~ "berkata benar sekalipun ianya pahit"...mencari alasan =.="
okeh lps jk lecturer berlalu,Iza trus baca sepantas kilat lab manual dengan menggunakan keyword formal n actual..
oraitss... Iza dapat...n the answer..
"formal only have 1 type value which is valid only for variable names while actual have 3 probability value...maybe variable names,expressions or constants...and mun actual mesti assign value lok br blh plh function call......"
pergggghhh~ mcm halilintar menembak tepat....baik madam,Iza akan igt  and mark this moments....syukran..bebanyakk^__^....


pengajaran di pagi hari....
1. masa kelas tu jangan la buat keja lain....adoyai~ bukan xda masa gk pun...kn pasya xda kelas..boleh plh pa?
2. berkata benar sekalipun ianya pahit..hehhe...dalam arabnya..."qulil haq walau kanna murran"
3. jangan nguras mun jawab ngn lecturer...jd skema skit....
4. mungkin ALLAH mk Iza igt this moments dengan baik supaya Iza lebih benar2 mendalami ilmu computing...n menjadi 1 wadah dan pengajaran untuk lebih fokus n bersungguh2...


wALLLAHu a'lam....hhehehe....
Iza hanya mampu tersengih macam kerang busuk, eh xnk guna kerang...mcm ramesh(adik beradik kerang tapi comel lagi n putih lagi) busuk...hehhe...

Tuesday, 24 January 2012

Pesan Khalifah ke 2(Saidina Umar al-Khattab)

1. Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit.
2. Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.
3. Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4. Sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.
5. Sesiapa yang banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.
6. Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya.
7. Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati.

Monday, 23 January 2012

::Bicara Sahabat

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: " Tiga perkara yang dapat memurnikan kecintaan sahabatmu kepadamu iaitu memberi salam apabila bertemu, melapangkan tempat duduk untuknya di majlis dan memanggilnya dengan nama yang disukainya." (Riwayat Bukhari)

Saturday, 21 January 2012

::Juh ke serikin....

with the name of ALLAH....
orite...entri kali ini...

Pagi2 lagi Iza dah bangun(semangat nak g serikin....hehe)
tapi sebelum tu Iza pergi hantar notes kat bilik kawan Iza di gading blok 1(pagi2 dah exercise dari serapi 4 g gading 1)...naik tingkat 5 la pulak(x ada ke eskelator nak naik ni...~_~)...
oriatsss~ lepas hantar notes Iza terus la turun bawah g bilik tv,sementara tunggu anak datin sampai dari gading 4...Iza bukak astro oasis...pagi2, mana ada cta best...oasis je la tengok
yang ni je sempat Iza dapat selama kurang 5 minit...x sempat nak dengar habis..
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. [al-an'am:151]
selamat ber"TeKeFikMu"...insyaALLAH...

g serikin untuk pertama kali(excited2)..hehe...

pergggghhhhh~ rambang mata tengok...
banyak nya favorite Iza kat sini.....weeeee~ *__*...(tp xleh excited sangat.....huh...godaan2)
bila dah tengok..xde la murah sangat..kurang lebih je macam kat pasar malam...
apa pun..tetap best..i'll come once again here..insyaALLAH....whats important, jalinan ukhuwwah yang baru kat sini..panjang umur kita jumpa lagi makcik.hee.^____^...
b4 nak balik kitorang g ukir keychain,cantik dia ukir, sayang xleh ukir jawi.....ce tengok (ada kesempatan Iza nak buat lagi...)..syukran pada yang spon ni.....

waaa~_~... penat bla dh sampai uitm...pas solat trus rehat sampey ke petang....
habis rehat..tv timeeee..hehehe...bukak2 je Power ranger's..........hahah...lmk jwk x nangga cta tk..mantap la..teringat zaman budak2...xsangka minat cta tk...heeeee~....


wALLAHu a'lam....

Friday, 20 January 2012

terdetik tiba2

Bismillah....
bila terbaca artikel kat link ni siapa kita untuk menilai insan lain melalui facebook


terdetik hati nk post sal bnda berkaitan sedikit la kot....
masa training lepas wktu makan tengahari....


"huahahahahhahaakihkihkihhuaha"
tetiba seseorang berkata..
"apa la gelak2 masa makan....YAHUDI betul!"


pergggghhhh kata orang...berdesingggg  my ears....Iza nk kata dia x berilmu, mustahil....
Iza pun kata.... "ish, x baik cop orang yahudi....kita yang muslim ni betul2 muslim ka?"


thats it..cukup di situ Iza berbicara dengannya...sebab Iza x suka nak berbincang lebih lanjut, confirm dia akan masuk tajuk lain....


well....di situ lah ruang muhasabah sebenarnya..barangsiapa yang mahu berfikir, dia akan berfikir semula setelah berkata-kata....
there is no perfect person in this world, tapi sikap kita kan boleh di ubah..
mengapa tidak amalkan sifat mahmudah dan kikis sifat mazmumah.....
ramai yang mengalah sebelum berjuang.... apa kata pegang word ni
"never not to try"
bukan nak jamin atau apa...tapi bagi Iza its work!! x salah kita mencuba....depends la macam mana feedback nya nanti....


nk kongsi lagi...
b4 Iza masuk uitm ni, kalau Iza mengalah xnk mohon sekali lagi...kemungkinan besar Iza x ada di uitm ni...
Iza mohon senyap2...beli num pin n daftar online....and result nya????
bila result kemasukkan keluar....Iza bincang lagi dengan family Iza, sama ada suruh atau pun tidak....alhamdulillah diorang suruh....sama macam pinjaman pelajaran Iza....pada awalnya family suruh, so Iza mohon la mana2 yang patut...tapi bila dapat interview....ummi pulak kata....
"x payah la mohon, nanti susah nk bayar balik..ummi xnk gaji kerja Iza nanti habis byr hutang je...lagi satu, insyaALLAH ummi ngn abi  masih mampu lagi......"


perggggghhhh~...sadis nya Iza dengar T_T
ok bukan itu je.... dr segi kata2 pun sama....dulu, punya la mudah nk terlepas cakap yang bukan2....semua keluar...macam menjadi zikir harian pulak word2 tu.....Iza try muhasabah n tukar word2 tu kpd yang betul2 zikir..agak lama lah jugak nk tinggalkan word sesumpah tu..nk marah pun guna word "cis" je...


and lastly(dh malas dh ni)....
1. sebelum nak nilai orang lain, nilai lah diri sendiri..yes mmg kita x boleh nk tunggu kita betul2 perfect baru boleh nak nilai orang....kita give and take....simple kan??but its hard to excell....dont you think??? and again  never not to try... bukan susah pun nk try sebenarnya.....hmm..
2.kita tengok diri balik....istilah tepuk,ketuk,fikir,muhasabah[TeKeFikMu] kita aplikasikan..
jangan main menonong je nk cop orang itu lah ini lah...hmm macam2 lagi lah... ummi selalu pesan dari dulu sampai sekarang..."kalau kita dok cakap orang, tegur orang, mengata orang...kalau kita amalkan nk mengata tu nanti semua sifat diorang yang kita kata tu balik kat kita..nak ke mcm tu???"...tiap kali ummi cakap mcm ni..Iza mesti terdiam, terhenti...meski masa tu Iza excited nak cerita pengalaman kat skolah or any aktiviti yang Iza ikut kat skolah...ummi..ummi..nanti kata xtau Iza buat apa kat skolah....ok fine habis disitu....
3.apa yang Iza merepek ni x ada kaitan yang hidup mahupun yang mati.hee..entahlah...Iza rasa Iza banyak merapu je di sini...apa yang baik tu amik lah yang x baik tu jangan amik...kita sebagai insan yang bergelar manusia di muka bumi ini lagi mempunyai akal dan fikiran x boleh nak amik sesuatu perkara tu empat segi empat segi(sbb laptop x bulat)....buang yang keruh ambil yang jernih....
waALLAHu a'lam.....
keadaan yang kurang baik hari ini buat Iza rasa macam nak xnak je post....something wrong some where...
apa2 hal pun....juh ke serikin!!!! hehehe...Iza nak g serikin esok...first time...hee
hadapilah dengan senyuman..^____^

Wednesday, 18 January 2012

Bismillahirahmanirrahim...
Iza baru dapat 1 lagi berita, senior Iza sorang lagi nekad bunuh diri..
wALLAHu a'lam Iza xnk tau siapa, cukup untuk Iza tau dia senior Iza...yang penting pengajaran yang ada di sebalik kejadian yang berlaku...


memang benar ada kata2 yang berbunyi
"hidup... insyaALLAH....mati itu pasti..."
tapi, biarpun stress dengan kehidupan, untuk bunuh diri tu perkara yang x wajar bagi Iza...x ada ke cara lain yang dapat di fikirkan???
sayangilah nyawa kita....kerana nyawa tu anugerah yang amat bernilai...sedar ke tidak bahawa nyawa pun pinjaman semata2..baik2 ALLAH pinjamkan untuk jangka masa yang infinity(x tau bila DIA  nk amik balik bila) alih2 kita yang percepatkan pemulangan....
syukur lah dengan nikmat yang ada....sesungguhnya tiada bala pun yang ada di dunia,semuanya adalah nikmat.....stress itu nikmat, sakit itu nikmat, rasa hati itu nikmat...segala2nya adalah nikmat....


kenapa nikmat???
stress~ itu ertinya ALLAH tegur suruh kita lebih mengingatiNYA dalam keadaan good mood or badmood
sakit~ itu ertinya ALLAH sayang kita, DIA nk tolong hapus dosa2 kita...
rasa hati(cemburu,dengki,gembira, suka, sakit hati)~ itu ertinya ALLAH jadikan kita manusia yang normal, yang mampu menjalani kehidupan dengan bebagai warna2 kehidupan....kalau kita x ada rasa hati....hidup mendatar je x ada perasaan....bosan kan hidup macam tu?...x ada klimaks, kenangan indah mahupun pahit...teladan, iktibar, pengajaran, contoh....


teringin Iza nk kongsi entri Iza dari blog sejarah(other one)
mengusir sepi semalam


 Nikmat hakiki Bala hakiki


Umumnya apabila manusia itu diberi kesihatan,kekayaan,nama,jawatan,rupa paras yang menarik dan sebagainya,maka ini dikatakan nikmat.Namun apabila manusia menghadapi penyakit,kemiskinan,kehinaan,rupa paras yang jelek(tidak menarik) dan sebagainya,maka ini dikatakan kesusahan atau lebih tepat lagi bala.Manusia menganggap nikmat itu positif dan bala itu negatif.Nikmat itu disukai dan sangat dicari manakala bala itu dibenci dan jika boleh ingin dielakkan sama sekali.
Persoalannya apa benar nikmat itu adalah suatu nikmat? Dan benarkah bala itu adalah bala hingga kita teramat-amatlah benci padanya? Jika dikaji dan diteliti dengan sebaiknya,pada nikmat itu ada balanya dan begitulah sebaliknya.Jika tidak dihandle dengan baik maka nikmat dengan sekelip mata menjadi bala dan begitu juga sebaliknya.Di sini jelaslah bahawa nikmat lahiriah itu tidak semestinya berakhir dengan nikmat yang hakiki dan bala itu tidak semestinya berakhir dengan bala yang hakiki.
Setiap ujian sama ada ujian nikmat atau ujian bala itu ada tuntutan-tuntutannya.Kalau kita diberi nikmat maka hendaklah kita bersyukur. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...Dan Allah akan memberi balasan kepada orang_orang yang bersyukur." (Ali-Imran:144)
Manakala jika kita ditimpa bala hendaklah kita bersabar.Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"...Bersabarlah! Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang bersabar" (Al-Anfal:46)
Oleh yang demikian,bagaiman kita menangani kedua-duanya adalah lebih penting.Dipendekkan cerita,kita haruslah ubah mind set kita agar tanggapan kita balance terhadap keduanya yakni dengan mempositifkan keduanya.Kita mestilah senantiasa berbaik sangka terhadap-Nya.Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kepada hamba-hamba-Nya.
Apabila dikuniakan nikmat, haruslah kita bersyukur dan sentiasa berusaha menggunakan nikmat itu untuk mencapai redha dan cinta daripada-Nya.Begitu juga dengan bala,anggaplah ianya sebagai pukulan dari Allah kepada kita kerana pukulan itu adalah tarbiah dan didikan yang tinggi.Ia adalah jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri danmendekatkan diri kepada-Nya.Selain itu juga ,pukulan itu adalah bertujuan untuk kita menginsafi diri,rendah diri dan tawwadhuk.Itulah juga tujuan kita bersabar.Orang yang bersabar itu bighairi hisab iaitu memasuki syurga tanpa di hisab.Sesuai dengan firman Allah SWT:
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan diberikan pahala untuk mereka tanpa kira-kira."(Az-Zumar:10)
Tuntasnya, jika kita ingin bertuhankan Allah,haruslah kita menerima nikmat dan bala dari Allah dengan cara yang Allah kehendaki.Allah berfirman dalam hadis Qhudsi yang maksudnya lebih kurang:
"Kalau Aku beri kamu nikmat,kamu tidak mahu bersyukur. Dan kamu Aku uji dengan kesusahan,dan kamu tidak mahu bersabar.Maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Aku ini dan carilah Tuhan yang lain selain Aku."

wALLAHu a'lam....moga bermanfaat...

Monday, 16 January 2012

::meniru!???!::

dari Abi Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh kamu akan meniru tingkah laku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Hingga seandainya mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, nescaya kamu juga tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: 'wahai Rasulullah, apakah mereka itu umat Yahudi dan Nasrani?' baginda menjawab: 'siapa lagi'."
(HR al - Bukhari)

 

Sunday, 15 January 2012

::Hajat Dalaman Hajat Luaran::...



tiap kali Iza tpun ummi, ada ja task d bgnya...=.="
but difference with others task..bila dapat task, ummi inda mau suruh explen balik arh iya mun tani dapat udh....iya mau just tani paham baik2 n amalkan dalam kehidupan seharian...
n everytime...task ummi Iza mesti cari,inda tau cana,wlwpn nada dateline....mun task urang lain lambat skit Iza laksanakan..heee~
alright task utk kali ini....
macam kt tajuk entri 
"Hajat Dalaman Hajat Luaran"
apa yang Iza faham
semuanya kembali kepada task sebelum ani
"Utamakan Yang Lebih Utama"
tapi hakikatnya, the meaning
tiap kali buat sesuatu cari apa tujuan sebenar n tujuan sampingan
so kembali ke utamakan yang lebih utama la kan???~.~"
yang mana hajat dalaman(tujuan sebenar) adalah tujuan yang betul2 penting.yang bila dibuat, impaknya lebih besar[di sini Iza harus belajar berfikir lebih ke hadapan]..
kalau hajat luaran tu lebih kepada impak enjoy....hehhe.....tumbir2 nya urang...hihi...


apa yang pasti every task lead me to be more matured and more independent lagi positive thinkers....hehe..blm hbs cari lagi task ni...hurm=.="..
syukran ummi....





jom nyanyi sama2 ^___^

Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang



Tajuk Nasyid : Ummiku Sayang
Artis : Soutus Sofwa

btw, pada 15 haribulan ini...



SELAMAT HARI LAHIR UMMI!!!

Saturday, 14 January 2012

:::TERIMA KASEH DAUN KELADI:::^___^

 pada 11/1/12 pukul 10.30 pagi d youthfloor Iza dapat paper bag ni....xtau la apa isinya...buat Iza curious...Iza pun x sabar nak balik hostel..heheh ;p

Iza pun bukak....jeng...jeng....jeng...






warna pink!!!!pooh!!! haha...mcm x caya je
yg ni bahagian belakang.....

tengok yang bahagian depan pulak...






showinggg................
terharu sangat....hehe.....lebih2 lagi dia buat sendiri..jahit sendiri....waaaa~ nk nangis je T_T
terima kasih sangat2

Tuesday, 10 January 2012

::~~~~selamat hari lahir sahabat!!!!!~~~~::

hari tk hari lahir sahabat Iza yang ke 21...namanya Nur Ezzati Aliasan....lmk x jmpa nya...pdhl nya kt kampus sebelah jak(unimas)...all the best kepada beliau untuk final exam, moga dipermudahkan..untuk sahabat2 lain juga...^___^
rindu ngn cdak(Zahraa, Ika,Afiqah,Haz,Zimah,Pjah,Khairun,Nisa,Syuk,kak Husna,Afni,Nizah,Adeng,Wani,Irin,etc).....kumpul di surau,solat sama2, makan setalam tyme bukak posa, main kejar2 k baju kurung skolah..hahha...rasa lawak jk bla pk blit...stayback...sanggup x tuka baju skolah semata2 nk teman cdak stayback..hihi...biar standardize konon tek..haha..maka hostel dekat jak...;p
palin x boleh lupak la usrah...al maklum lah batch mekorg yang first handle....Iza join dua2 sesi....sesi harian tiap hari jumaat wktu muslimin solat jumaat(utk harian muslimat)...utk yang asrama ktorg buat hari selasa malam.....antara maghrib isyak.....n sure la yang asrama punya mantap lagi sebab lebih teratur tentatifnya....yang harian pnya banyak yang xnak datang....sedihh.Iza jd pemantau jk utk yang harian....yang asrama,Iza jadi naqibah masa tu utk group student yang agk2 bermasalah, 5 orang(Siti Nurhafizah,Nisa syahindah,Maisarah,Azimah n Zafirah)....konon2nya random PKPIA(penolong ketua pelajar islam asrama) bagi...tp ternyata....itu hakikatnya....tapi xpa....Iza try the best....kalau ikut prestasi kelayakkan na pa segala, Iza x layak pn jd naqibah....terasa diri terlalu kerdil jk nk handle....bla tengok ank2 usrah,rasanya teruk lg Iza..hurmm..tapi dh org bg amanah ngn Iza...Iza cuba sedaya upaya memberi penyampaian yang terbaik untuk cdak....memberikan cara yang terbaik supaya cdak blh terima dgn mudah...hmmm paling senang Iza kongsi n beri cth melalui pengalaman Iza n kisah Iza(kn Iza kes teruk lagi dr diorg)..hehhe...sng skit nk bg cth...=P
Alhamdulillah~ dihujung tahun nk spm, ada perubahan yang Iza tengok ngn cdak...semakin matang diorang....yang x boleh lupa,ukhuwwah yang terbina,serupa adik beradik kandung jk rasa....hujung tahun ya jwk ....prestasi akademik cdak meningkat...segala2nya Alhamdulillah....terasa macam kakak yang baik...haha >_<.....heee....yang pasti sampai sekarang Iza contact ngn cdak....Alhamdulillah....moga ukhuwwah ini berpanjangan hingga akhir hayat...^_____^

...sahabat2 seperjuangan...di surau selepas majlis...^___^

Iza,kak Hasnaa,Adeng,Nisa, Khairun
place: atas bumbung hostel baru ;p

barisan pimpin PPI...d dewan perhimpunan
barisan belakang:Nisa syahindah, Zahraa, Ika, Pjah, Wani, Syuk, Khairun,Iza,Nisa, Syahirah,kak Hasnaa,Adeng.
barisan depan:Aliff,Azmeer,And,Afyan,Azizul,Ridhwan, Faizee,Aqwa,Ridwan(puteh) 

Nizah,Afni,Iza,Zahraa,Ust Juneed(yang byk mentarbiah Iza),adk syazwani(d blkg), Syuk,Khairun,Pjah

geng Deeboosssss..hehe...ni semua budak asrama...baju kitorang buat...sorang xda....syuk xda ctok...
blkg: Khairun,Iza(gk x ready.hehe),Nina, Pjah
dpn:Afni,Nizah,Nisa, Adeng

this is the moment...ramah tamah aidilfitri
blkg(semua budak harian):Zahraa, Haz, Ika, Afiqah, Ezzati(bday girl hari ini)
depan(budak asrama):Nizah,Afni,Iza,Nisa,Khairun,Adeng,Nina,Pjah(again syuk xda);(

karikatur pasukan pimpin(syuk lukis)




ish3>>lari alu jk tajuk....hanya kerana sahabat, boleh kuar cta mcm2...melalut dh Iza mengenang hari kemarin....
sungguh!!!!! Iza rindu ngn cdak2 semua....sebut pasal UKHUWWAH Iza nk share gmbr ni....gmbr ni masa kem nk spm..."KEM A" namanya..under task force...ni la ahli2 group Iza..kump Ukhuwwah...heee


apa2 pun....moga ukhuwwah kita berpanjangan....amiin ya rabB^___^

:::my collection of this sem!!!!^____^

just short entry before entering classes....
yang ni sebahagian hobi Iza sem ni....sepatutnya kat beg....tapi Iza bukak sebab nak cuci beg...sapa yang ada dengan Iza kat UiTM ni tau la mcm mana rupa beg Iza yang sarat dgn badge n some other aksesori....heeeeeeee~.....^___^
 gambar ni sama je semua...hehe

 

 

 

Monday, 9 January 2012

.::ikhwan...ikhwan.....::.




ceritanya bermula begini.... 

pada suatu hari d universiti.....
akhowat menerima sms drpd ikhwan yang menjadi secret admirenya yang berbunyi
day 1="your eye look beutiful n cute"
day 2="i c u today, u look very pretty n cute...membuat hatiku berdebar2 dan makin sayang dengan kamu."
day 3=" awak comel bila senyum, boleh tak senyum untuk saya?"
day 4="matamu bersinar, membuat aku berdebar2...senyumanmu menawan,memikat hati yang sedang kesunyian."
day 5="awak cantik hari ini"


setiap kali menerima sms, si akhowat melafazkan istighfar panjang....astaghFIRULLAHalazimmmm....
sepanjang semester itu lah si ikhwan menghantar sms yang kurang lebih je bunyi....
pada awalnya si akhowat x tahu siapakah gerangan si ikhwan....2 3 minggu b4 final exam baru lah diketahui siapa ikhwan n dari mana ikhwan dapat phone num akowat...
mujur si akhowat x pernah me'reply' sms si ikhwan....
oleh kerana si akhowat tidak suka ikhwan itu meminta phone num nya drpd org lain, bukan dgn izin,bkn ikhwan itu sahaja tapi sesiapa saja...si akhowat tidak suka begitu...kerana bagi si akhowat privasi agak terganggu bila dia tidak mengetahui siapakah gerangan insan yang menghubungi....si akhowat menukar phone num nya....x berapa di peduli num yang 1 itu....
berlalu lah kisah si ikhwan dan si akhowat pada sem itu.....
namun...
opsss kisah ini bersambung ke semester seterusnya.... 


dengan cerita baru....
rupa2nya si ikhwan adalah coursemate si akhowat....tapi batch muda skit.....
cun pulak si akhowat ada drop subjek yang sama kelas ngn si ikhwan...n also 1 kebetulan menjadi lab n tutorial group partner si akhowat n si ikhwan tersebut....
mula lah ceritanya....
si akhowat hormat org yang meminta phone num face to face...si ikhwan kononnya minta phone num untuk subjek tersebut.....yup memang la si akhowat bagi phone num andai untuk discussion n apa2 yang berkaitan dengan subjek tu.....
pada awalnya memang si ikhwan n akhowat berbalas sms mengenai akademik....sungguh si akhowat hanya menganggap si ikhwan sebagai seorang kawan yang sebenar2 kawan..not more than that...


1 month early...yup si akhowat n si ikhwan macam group partner....
tapi.....one day....si akhowat menerima sms....
"sudah lama ku pendam...dari last sem....awak x pernah pun reply sms saya...mengapa??awak tau x saya sayang ngn awak dari last sem,saya x tau kenapa..=("
dengan skeeping london...si akhowat me'reply'
"coz i never know who u are n i really dislike who ever taking my phone num without my permission n plus we are just frenz....n 4 me frenz with boys in campus cannot be change to any extra ordinary relationship especially as boyfren n girlfren...lagipun kita kn sedang belajar...setakat diploma,is just the basic..klu diploma kokap..mcm mana nk smbung degree..pleez la...just find another which is better...." 
ok habis untuk hari itu...si ikhwan rasa terkesima....




nantikan sambungan d entri seterusnya...Iza dh ngantuk dh...hehhe...masa pun dh nk tamat...10.30pm nanti ada pulak guard yang teman Iza balik....haha=p
apa2 pun cerita yang Iza kongsi ni..saja2 je..hehe=)


p/s moga ALLAH sentiasa memberi petunjuk dalam kehidupan seharian kita....

Saturday, 7 January 2012

::andangnya tu yang lain mana mreka suka tu::

::perlu kh merahsiakannya dari Iza??

tarus tarang tah ku g tau ah....Iza terasa hati dangan kawu....puas jua lah Iza mencuba memadam rasa hati ani....tapi u keep doing the same thing...mbuat luka nda pndai baik........
ya ALLAH...
help me remove the feel....
Iza nda pandai kn banci urang, jangan kerana bnda2 mcm ani jadikan Iza urang yang nda prihatin n nda baik arah urang lagi....
ya ALLAH...
bantu lah Iza mendidik hati ani...

tapi siyes bh..perlu kh eya kan men rahsia2 ngn kediaku???mun yang nada kaitan ngn kediaku nda jua apa....bulih jua kn men rahsia2 tu tp jgn tah kan dapan2 Iza men bisik2 atu...banyak bh kawu buat Iza terasa....tapi selama ani Iza senyum ja...nda mau kata apa2 sbb Iza kn husnuszon ja ngn kawu....hmmm
huuuuh~...nda apa lah...nothing to sorry..its my mistake..maybe Iza terlalu stranger..but that what i want....so its my mistake....

never regretss...insyaALLAH...may ALLAH show the way...amiin..



what ever the cause....just smile


::kalau boleh nak hari-hari!!!!

ALLAH....
have to stop for a while...
saat hati bercelaru, minda keliru, jiwa terganggu, fikiran yang serabut....
just block for a while....
i'll be back...
insyaALLAH...
before that...Iza nk kongsi video masa malam gemilang nasyid sarawak 2011....Iza dapat dari seorang  sahabat....syukran untuk dia...sanggup rakam untuk Iza..heheh^___^
madrasah al-khairat....ya toyyibah n ya badrotim

.::test::..::AlhamduLILLAH::.

Sabtu,7 januari 2012 UiTM Sarawak-
 Iza ada latihan ROTU...tapi, Iza ada test juga di hari yang sama..semasa menaip ni pun Iza tengah membunuh masa menanti test hour.....Iza ingatkan jam 8.30pg start test..rupa-rupanya jam 11....serupa macam eskep latihan je Iza..but nevermind..there must be hidden story...^___^..(sbnrnya agk excited x g latihan..heee)
test???test EEE121(circuit analysis)...
alhamduLILLAH kurang la belang d muka..hehe...every week kawad...kelas...sukan....is there nothing better than that?....buat la aktiviti mencabar sikit...berbaloi jwk la belang ya tek....belang semata-mata kawad...hmm....


ALL THE BEST FOR THE TEST!!!!

Thursday, 5 January 2012

tidak ku dambakan hadiah berupa harta 
daripadamu di hari lahirku
yang ku ingin hanya doa seorang sahabat buat sahabat
yang mendoakan kejayaanku dunia dan akhirat


______________________________
tapi tetap jwk tkrg brik hadiah ngn Iza...syukran untuk itu btw...
hadiah yang bagi Iza merupakan amanah untuk dijaga..
bukan Iza x mk ngnn hadiah ya...cuma Iza takut menjadi munafik kerana mengkhianati amanah yang diberikan....
 seperti sabda Rasulullah SAW yang kira2 bermaksud:
"orang munafik itu cirinya ada 3...iaitu pertama apabila bercakap ia berbohong, yang kedua apabila berjanji ia mungkir dan yang ketiga apabila diberikan amanah ia khianati...."..
wALLAHu a'lam..

Wednesday, 4 January 2012

Rindu Sahabat2...

...Ya ALLAH...
Sahabatku buah hatiku
Mesra kami penawar Duka
Rindu kami menambah Cinta
Rajuk kami membuah Ceria
Silaturrahim kami UkhuwwahFILLAH
Permusuhan kami NaudzuBILLAH

...Iza sayang kalian sahabat!!...

sungguh...terasa letih sangat semalam...
kelas Iza start pukul 8am tidur 6am bangun balik 7.30am
sah-sah la Iza low blood pressure pergi kelas..~_~
1 hour lecture,Miss bagi break 5 minit,konon nye lh nk g koop.....
tp....lewat la pulak bukaknya....5 minit berlalu begitu sahaja....
but 1 thing Iza bersyukur...ALLAH masih bagi energy yang agak mantap untuk Iza teruskan kelas pertama semalam...tahaniah!...
alhamduLILLAH..kelas pun habis lebih awal....Miss tau2 je...heheh ^^
on the way nak pergi ke next class, Iza singgah jap breakfast kat blok K...banyak orang...sabar2...ahernya sampai turn...yay!! refill~
 semangat2...
still, Iza rasa masih low BP...tapi tak kisah la, afterward Iza boleh control balik...
cuaca pada hari itu amat best kalau Iza nak tidur sebentar..tapi Iza tak boleh caya lah dapat tidur sebentar je...takut terlajak..hee~


go to the next class at 2pm..menghadap laptop(computing class),lain la keja...orang suruh buat lab,Iza online...free wireless..hehe..bukan Iza tak buat lab, buat....2 in 1....online n lab...^___^

habis kelas Iza terus balik bilik....boleh la rehat!!!!!!
memang rehat puas2,cun pulak Iza US...hehe...lagi best...
tapi sedih, Iza tak dapat nak buat rutin yang 1 lagi...maaf sahabat2 yang menanti ketibaan Iza....musnah peluang menuntut ilmu...meeting ROTU pun Iza tak attend...memang rehat lah sepuas-puasnya....




Iza siapkan assignment Iza, sebab tu lewat sangat tidur..hmm..bukan nak jadikan alasan assignment sebab Iza low BP...ataupun masa yang tak mencukupi nak buat assignment(6/7 subject)...
again..it actually my time management...bukan tak boleh enjoy, tapi utamakan yang lebih utama....


any way..there must be hidden story that Iza need to think ^___^
just always be motivated!!!


hmmm semalam juga..
Iza rasa ngutik when some 1 say "you c cutez 2day"...kalau face to face takpe...
ALLAH...dia buat Iza rasa takut, tak tau dah nak pakai baju apa pasni. =.="

Tuesday, 3 January 2012

Muhasabah Budak Komputer

Jika kita marah ~ TOP UP wuduk untuk menyejukkan jiwa
Jika kita bingung ~ KLIK doa agar tenang hati
Jika kita dipuji ~ RELOAD syukur supaya tidak alpa
Jika kita gagal ~ DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat
Jika kita kecewa ~ RESTART tenaga agar sentiasa sedar
Jika kita bersedih ~ SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan
Jika kita berdosa ~ UNDO perangai itu dan lakukanlah solat taubat
Jika kita berdendam ~ DELETE buruk sangka RETYPE husnuszon supaya bersih hati
Jika kita berbhohong ~ BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
Jika kita buat maksiat ~ REGISTER SOFTWARE sikap mahmudah dan bertaubat nasuha

Surah Al-baqarah ?...

Assalamualaikum.....(ini menurut apa yang Iza ketahui)wALLAHu a'lam..minta di perbetulkan apa yang silap dan tambahkan apa yang kurang...

Soalan=....apa yang hebat sangat surah al- Baqarah sampai bila kita memasuki rumah baru dan dibacakan surah ini...syaitan tidak berani memasuki rumah tersebut...

terus terang memang susah berbicara mengenai surah2 ...suatu ketika Ust ada menyatakannya, namun Iza manusia yang mudah lupa... mungkin Iza tak mampu menjawab dengan baik, tapi di sini sedikit perkongsian...moga bermanfaat...

Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: “Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga.”

Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan: “Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi.”
Dari Abu Hurairah, katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

“ Barangsiapa membaca surah al- Baqarah sesudah masuk ke rumah, nescaya tidak ada syaitan berani memasuki rumahnya"

1. Kekuatan surah ini terletak pada awal surah, pertengahan dan juga akhir surah...iaitu...
  •  5 ayat pertama
  •  Ayat ke 255(ayat kursi)(puncak al-Quran)
- Dari Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“barangsiapa membaca sesudah solat fardu aytul kursy maka tidaklah ada menghalanginya masuk syurga, hanya menanti saatnya meninggal dunia sahaja.”
  •  2 ayat terakhir
Sabda Rasulullah s.a.w:

“barangsiapa membaca 2 ayat akhir dari surah al-Baqarah pd mlm hari, nescaya keduanya akan memelihara dia(dr bencana).”. [HR Abu Daud]

2. Sebagaimana yang di ketahui,mengapa surah ini diletakkan di bahagian hadapan setelah surah al fatihah begitulah juga keutamaan surah ini... Apa yang pasti mentadabbur surah ini banyak memberi pengajaran dan tarbiah yang diperolehi..
Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di hasankannya, Ibmu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah shallallaahu 'alayhi wa sallam telah mengutus satu jema'ah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar, Rasulullah SAW telah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dari setiap orang dari mereka. Baginda SAW telah mendatangi seorang lelaki yang paling muda di antara mereka lalu bertanya, "Adakah kamu menghafal Al-Qur'an?". Lelaki itu menjawab, "Ya, aku hafal beberapa surah dan surah Al-Baqarah". Rasulullah SAW bertanya lagi, "Apakah kamu hafal surah Al-Baqarah?". Pemuda itu menjawab, "Ya". Rasulullah SAW pun bersabda, "Pergilah, kamu adalah amir mereka". Seorang lelaki dari kalangan mereka berkata, "Demi Allah! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya". Rasulullah SAW telah bersabda, "Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia, karena sesungguhnya perumpamaan Al-Qur'an itu bagi sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya di setiap tempat. Barang siapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalah seumpama tempat penyimpanan yang mengandung kasturi yang tertutup".
Sebagaimana dalam kitab At-Targhib.

Rasulullah SAW sendiri, dalam memilih Amir(ketua) adalah golongan yang hafal surah Al - Baqarah...di sini salah satu bukti keutamaan surah Al-Baqarah..

3. Ingin pula Iza selitkan kisah tentang pencuri mengajarkan Ayat kursy:

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, sehingga dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
“Dia berbohong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”
Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.
Dan, benar sekali pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.
Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”
“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”
Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

...wALLAHu a'lam...

banyak lagi kelebihan, manfaat bagi surah al-Baqarah yang lain yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita selain yang Iza nyatakan...insyaALLAH, dilain ketika Iza bicarakan....

...wALLAHu a'lam...
moga kita berada dalam kalangan dan golongan yang sentiasa mengingati Al-Quran..bertafakkur dan tadabbur dengannya...amiin..^__^
A054 
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.[Ali Imran:54]
"Setiap pencinta merasa cinta, namun perasaan cintanya tidak akan sama antara satu sama lain melainkan cinta kepada ALLAH."

Monday, 2 January 2012

New Year 2012

semua org sibuk nk sambut new year....Iza pn nk jgk lh..wlwpn lmbt skit..

semua org bila sebut new year je mesti sibuk nk smbt mcm mana,nk beli fireworks la, ada sibuk dok tnya "apa azam thn br ni??"....xde plak yg tnya "azam yg lepas dh langsai ke??"..

hmm..begitu lh simboliknya...knp kita x sambut thn br dgn berpuasa sunat ke,tnda kita syukur telah d kurniakan nikmat masih hidup d tahun baru...knp x buat majlis tengah mlm tunggu pukul 12am tu dgn majlis sahur ramai2 ke, mari mengaji ke,jom qiamullail ke...

apa2 pn.... AlhamduLILLAH ats kurniaanNYA
moga tahun baru ini kita lebih kuat menghadapi cabaran dan dugaan dariNYA..
juga..moga di tahun baru ini lebih banyak wadah dan tarbiah yang kita jumpa demi menuju ke arah penghijrahan yang lebih baik...^___^