Tuesday, 30 October 2012

untuk sahabat yang jauh dimata~

kutitip doa untuk kamu sahabat..
moga baik2 saja disana..
moga diberi kekuatan dalam menghadapinya..
ya ALLAH selamatkanlah jiwa2 mereka..
meski jauh dimata namun sentiasa dihati

moga selamat sempurna kau disana

aiman basri n others~ 

ku berserah padaNYA

masa berlalu tidak terasa
menghitung detik setiap ketika
kusangka hadir hanya seketika
tapi rupanya dia ada sentiasa

bersamaku kini hanyalah doa
kutitip untuk dia yang ku cinta
cinta yang cuma hadir kerana PENCIPTA
bukan sekadar biasa-biasa saja

mungkin salahku dalam menilai
meletak harapan yang terlalu tinggi
hingga tempatmu special dihati
membuat aku terasa berat melepaskan kimi

"jangan disesal apa yang terjadi"
seuntai kata yang selalu ku ungkap dalam hati
menyedap hati yang tidak keruan setiap kali
memikirkan apa yang bakal terjadi

terasa berat ingin menguruskan
kerna disaat ini diri merasa terbeban
bukan hanya perihal diri sekalian
tapi tidak lain, anggota yang bakal ditinggalkan

ku simpati nanti mereka terkapai2 dilautan
lautan yang belum pasti berapa kedalamannya
terkenang amanah yang seketika ditinggalkan
ku harap mereka baik2 saja dalam lingkungan kasihNYA

2012 adalah tahun keramat
bagi diriku andai perihal matlamat
ku sisipkan sesuatu agar aku mendapat
2012 adalah tahun yang berkait rapat

sendu dan pilu tiada dihirau
meski kadang kala tetap kefikiran
membuat diri terimbas sejarah lampau
hmm...hanya maaf kumohon agar diampunkan

perjuangan yang hadir tiada hentinya
ku yakin dirimu mampu melakukan meski kita tidak bersama
yes, tidak dinafi bahawa kita terpisah namun itu hanya zahir sahaja
kerna pada hakikatnya kita tetap bersama..

dari kejauhan aku memerhati..
jangan dirisau ku masih disini meski bukan  d "uitm dihatiku"
tapi aku tetap disini cuma masa agak terikat nanti..
ada masa akan ku pergi melawat kalian yang telah mencuri hatiku
bi iznILLAH~

pemergian usah ditangisi
pergi bukan membawa diri
kerana harus menggalas emosi
tapi pergi untuk menabur bakti

hadir membawa bahagia
sinar cahaya memberi gembira
harapan terlaksana hati menjadi suka
tapi kini ..ku berserah padaNYA


moga kalian berada dibawah jagaanNYA sentiasa....
i've finish everything i must done while all of you in holiday...harap ianya bertahan utk beberapa lama..huhu~

jaga diri, jaga iman, jaga kesihatan~

Monday, 29 October 2012

khabaran~

Bismillah..
assalamualaikum..
alhamdulillah..rajin lagi Iza mk upd8 ctok..hehe...
seorang S/U harus lah rajin menaip yerr ~_~"....xboleh nk lari dari jawatan ya..adeyh hai ce brik org lain merasa gk..huhu
mlm td ada meting kul 10..comfirmation tugas masing2..memandangkan mekorg ada 10 org jk then 2 org MIA...8 kepala jk fikir utk latihan tk klak..huhu..mk xmk harus beri komitmen kepada orang yang MIA..ganti cdak punya tugas...perjalanan aktiviti, first aid gk, kolej yang belum setel..skuad unimas gk belum update..hmm di situ kerumitan yang berlaku...tp xpa la...bkn slalu(pdhl mmg dh selalu). yang pasti, entah berapa surat dh yang kuar k htr seluruh pihak uitm tk..huhu..kalah polah notis..

lepas meeting plan mk tdo awal sebab hari tk mk ready barang k training...malam tk dh roll call dh..
hmm terasa cm x ready jak mk training...
konon2 nk tdo tek alu tga bola on9..MU lwn Chelsea...Chelsea kalah 3-2..huhu..nyesal stay up..alu ngantok pasya...ish3....syukran atas perkongsian ilmu semalam..hmm..benar  contoh Rasulullah SAW itulah yang terbaik utk para bakal suami..tapi semua orang x perasan hakikat ya sebab selalu glak sebut soal rasulullah SAW..jadi org2 pn masuk kiri kuar kanan..hmm saudara2..huhu..peringatan buat diri yang masih lemah dalam sirah jwk T-T....

budak besar ada match hari tk..UiTM lawan ngn UMS..hmm all the best!!! tp Iza tetap sokong UMS..haha..sebab my bro d cia  xP... family comes first~ hehe..

esok dh start training...g unimas ulangkaji pelajaran senjata(pistol) sebab mekorg menembak pistol latihan kali tk..hee..

hmm every night ada jk soalan cepumas ditanyak..nk pdh expert,langsung x...~_~"...maaf mn Iza x menjawab ikut apa yg d perlukan..

huh~ dh tgh hari..perut pn dh main rentak irama malaysia..hoho..mk isik perut dlok la...hmm..teringat soal isik perut...just for some reviews..dr perkongsian kwn2 fb~
kawan tu ada 3 jenis..yang spt mknn, yang seperti ubat n yang seperti penyakit...nk jd yang mana??.. klu Iza mk jd yang seperti pakaian..hehe

oraitss...selamat berTeKeFikMu....hehe

jaga ADIK..~
all the best utk result exam yang bakal keluar..
all the best utk sahabat yang tengah midterm..
all the best utk yang ada match
all the best jwk pada diri sendiri utk medical check up..huhu~~

wassalam..

Saturday, 27 October 2012

^^,

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(QS ali-’Imran: 133-134)


s/n: teringat, ayat tk  kamu share kat surau 3..disampaikan lagi oleh adik - adik ...mn Iza x slp la yg adk2 ya.. =)
lg cgek:: hoho...alu add Iza org ya..~_~"...haha...

nah~


s/n: hmm...akaun Fayyaddhah Al Hafizah bakal deactivate tidak lama lagi... insyaALLAH =)

lets the cartoon made the assumption~

Ada sentimental value katun tk..aigooo~

Harapan dan Impian

bi iznILLAH~..insyaALLAH

ikhwan2~~

Bismillah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..line agk laju hari ini...eyh silap.mlm ini..
hmm how to start..oraitss, this just some sort of "kupasan" from apa yang dh diperhatikan.x brani jwk mk plh assumption dikpn..
eyh jap sal apa tek ow..hmm terleka sebentar menjahit bereh hisyam smbil chat d fesbuk  =_="
oouh ok2...
di mulakan kisahnya begini..~

pada suatu hari...seorang insan mengadu perihal sesuatu ngan Iza..then comes the other person..with same thing..then comes another one on the same thing.huh~..kebetulan pulak bnda yang sebetul2nya sama...just not at the same time..
last sem mun Iza x silap....
seorang ikhwan, entah dari cney nya dpt num..main mesej2 ngan akhwat1 tk..msj2 yg agk x best n x memberansangkan spt "dh mkn blm?", "pa plh".."slmt pg"..hmm at first Iza mmg x kesah sbb Iza x knl n mmg biasa la ya..ikhwan mn dh dpt num akhwat mmg mk try....then comes akhwat2..sama..aieh..kebetulan ke apa tk???..Iza sabar jak la..nasihat yang sama seperti kepada akhwat1..."ibh jk lyn, pndey nya lejuk ya"..ok done...senyap utk seketika..
tp ujung2 sem tk ada gk kes yang sama..hmm respect ngn ikhwan tk.nya agk jujur dlm bebicara(menurut cerita para akhwat)..nama penuh padahnya n cney nya berada knek..hmm..Iza rasa unbelievable jk bla ketiga2 akhwat pdh bnda yang sama...waa~ kbtln Iza ada sahabat yg stdy di tempat ya....so, Iza pn investigate sedikit..ouh duhal, si ikhwan mk cari calon isteri...tp nawaitunya nk berkenalan..tp why just akhwat?? musykil disitu...eyh2 lupak Iza, nya nk cari calon isteri..TAPI..it is not the proper way to know each other..niat mk berkenalan ya x salah..tapi mn dh mk gerek yaaa~ hmm..niat x menghalalkan cara, gerek bukan jalan penyelesaiannya~
memang susah kan mk fahamkan orang yang faham agama ~_~"..

bersoal jawab tentang ini dikala mengalami memang susah..kwang3~ eyh2... =_="

ada apa2 yang kurang ka ouh??..lak Iza update gk..bi iznILLAH..
waseyh~ lmk x gna term ikhwan wa akhwat..ish3~

Friday, 26 October 2012

Selamat Hari Raya Korban

Bismillah..
salam aidiladha dari perantauan~ huhuk


s/n: Raya haji xda duit raya ka??..hehe xD

Thursday, 25 October 2012

GWS~

Bismillah..
assalamualaikum...

hmm~ almost end of the year...
x lmk gk..hanya menghitung detik yang berlalu..
syafakillah..alhamdulillah~ mga nikmat sakit yang ALLAH kurniakan membantu mengurangkan rasa hati..agr diri sentiasa mengingati mati..
apa2 pun..yang terbaik itu adalah dariNYA..

Wednesday, 24 October 2012

LDK::iCE BrEakiNg

A:Tempat Ini Asalku
Bahan: Peta Malaysia yang besar
Perlaksanaan:
1.Fasilitator mengeluarkan peta Malaysia bersaiz besar dan membentangkannya di depan peserta.
2.Setiap peserta diberikan arahan; ”Tunjukkan di mana tempat asal anda. Andahendaklah menceritakan tentang rumah, kawasan di sekitar anda, aktiviti penduduk kawasan anda, apakah yang menarik tentang tempat anda dan pelbagai lagi perkara yang relevan.”
3.Setiap peserta di beri 5 minit seorang untuk menceritakan tentang tempat asal danbersoal jawab.

B:Kotak Puaka
Bahan: Kotak dan gulungan-gulungan kertas yang mempunyai soalan-soalan tentang diri.
Perlaksanaan:
1.Fasilitator menyediakan kotak yang berisi pelbagai soalan seperti makanan yang disukai, ciri-ciri kawan idaman, kelakuan dibenci, perbuatan luar biasa yang biasa dilakukan, dan soalan-soalan lucu atau aneh yang difikirkan sesuai.
2.Para peserta dikehendaki menjawab soalan seikhlas mungkin.
3.Soalan diri yang lucu akan menggamatkan suasana!


C: Ya atau Tidak?
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memberi arahan, ”Anda diminta bertanya soalan kepada rakan anda yang terpilih soalan yang hanya akan dijawab dengan Ya atau Tidak sahaja.”
2.Fasilitator akan memilih peserta pertama yang akan diajukan soalan.
3.Peserta lain perlu memberi soalan sehinggalah cukup 20 soalan.
4.Soalan yang melucukan akan menjadikan suasana aktiviti ini lebih menyeronokkan.

D: Ta’aruf Tisu
Bahan: Tisu
Perlaksanaan:
1. Peserta yang baru mendaftar diminta mengambil sebanyak mana tisu yang mereka perlukan kerana selepas ini tiada lagi tisu yang akan dibekalkan kepada mereka.
2. Selepas itu ta'aruf dilakukan mengikut sebanyak mana tisu yang dibekalkan.
3. Peserta yang ambil lebih akan diminta menyebut lebih banyak perkara yang perlu diketahui tentang diri mereka.

E: Ta’aruf Bola Tenis
Bahan:Bola tenis
Perlaksanaan:
1.Salah seorang Peserta dipilih untuk memulakan aktiviti ini.
2.Peserta akan diberikan sebiji bola tenis.
3.Peserta akan memulakan ta’aruf dengan memperkenalkan nama dan butir-butir seperti berikut; Nama, Asal, Kelas, Hobi, Cita dan apa-apa sahaja yang dirasakan perlu oleh Fasilitator.
4.Selepas selesai peserta pertama akan melontar bola ke arah sesiapa yang dikehendaki.
5.Ulangi sehingga semua Peserta habis memperkenalkan diri.

F: Memoir seorang aku...
Bahan:Pen dan kertas
Perlaksanaan:
1.Fasilitator mengagihkan kertas A4 putih dan meminta Peserta menulis memoir.
2.Memoir merupakan satu tulisan orang yang berjaya mengenai kesusahan dan cabaran hidup yang mereka hadapi sebelum mencapai kejayaan.
3.Ini adalah merupakan penulisan olok-olok yang mana Peserta akan membayangkan cita-cita mereka dan menulis seolah-olah mereka telah melalui kesemua cabaran dan dugaan yang sengaja diadakan.
4.Permainan ini akan membantu Peserta mula merancang matlamat hidup mereka.

G: Hari ini dalam sejarah
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memilih hari yang sesuai untuk menjalankan modul ini.
2.Para Peserta diminta berkongsi peristiwa yang berlaku dalam hidup mereka pada tarikh atau hari (tarikh atau hari semasa modul digunakan)
3.Apakah peristiwa tersebut dan mengapa ia sukar dilupakan. Apa pengajaran disebalik peristiwa tersebut

H: Ada Apa Dalam Dompet
Bahan: Dompet
Perlaksanaan:
1.Para peserta diminta mengeluarkan dompet masing-masing. 
2.Mereka diminta memilih satu benda yang berada dalam dompet mereka yang mempunyai kenangan yang mereka tidak dapat lupakan.
3.Peserta lain dibenarkan bertanya lebih lanjut tentang barang kenangan tersebut.
I: Jet Bernama
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator mengagihkan kertas A4 kepada peserta.
2.Beri arahan; ”Anda dikehendaki menulis nama, penampilan diri (pakaian yang anda pakai- jenis, warna, bertopi atau bertudung) yang mudah dilihat.
3.Minta peserta melipat kertas membentuk jet.
4.Arahkan peserta membaling jet dengan sekuat hati. Apabila jet jatuh minta pesertakutip dan campakkan sekali lagi jet dengan sekuat hati. Minta peserta kutip dan baca maklumat yang ada di dalam jet.
5.Bagi masa selama 60saat untuk peserta mencari tuan punya jet.
6.Mereka dikehendaki berkenalan selama 2 minit.
J: Ya atau Tidak?
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memberi arahan,”Anda diminta bertanya 10 soalan kepada rakan anda yanghanya akan menjawab Ya atau Tidak?
2.Pelbagaikan soalan yang ingin ditanyakan.
3.Aktiviti ini akan lebih menyeronokkan jika soalan yang ditanya soalan yang luar daribiasa.
K: Hilang Ingatan
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memberikan arahan; ”Dalam aktiviti ini para peserta akan bergilir manjadi’orang hilang ingatan’. Anda yang perlu mengingatkan kembali ’orang hilang ingatan’tentang dirinya. ’Orang hilang ingatan’ boleh bertanya kepada ahli kumpulan lain soalan-soalan berkaitan dirinya.”
2.Aktiviti ini adalah untuk menguji sejauh mana ahli-ahli kumpulan tahu latarbelakang rakan mereka

L: Mengajuk
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memberi arahan, ”Anda diminta mengajuk rakan anda yang mana mungkin ada kata-katanya atau perkataannya yang menjadi identiti kepada dirinya.”
2.Pastikan peserta tidak mengajuk perkara yang akan membuatkan rakan mereka terasahati.

M: Pantun Diri
Bahan:Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memberikan arahan, ”Anda dikehendaki menulis 3 rangkap pantun 4 kerat tentang diri anda.”
2.Fasilitator memberi masa selama 20 minit untuk peserta mengarang pantau yangberkaitan diri mereka.
3.Peserta membentangkan hasil karya mereka dihadapan rakan-rakan yang lain.
4.Aktiviti boleh divariasikan lagi dengan menulis sajak, syair atau gurindam.

N: 2 Kebenaran 1 Penipuan
Bahan:
Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memulakan aktiviti dengan memberikan arahan, ”Anda diminta menceritakan2 perkara yang benar tentang diri anda dan satu lagi perkara yang tidak benar. Perkara tersebut mestilah perkara yang orang lain mungkin tidak jangkakan tentang diri anda.Orang lain perlu meneka perkara manakah yang benar dan mana yangg tidak benar.”
2.Apabila peserta menceritakan tentang 3 perkara tersebut setiap peserta perlumeneka.
3.Kemudian peserta akan mendedahkan apakah perkara berkenaan.
*Permainan yang baik untuk mengenali seseorang dengan lebih dekat. Ia juga baik untuk menilai sejauh mana jangkaan seseorang kepada orang lain.

O: Gambar Keluarga
Bahan:Pensil dan Kertas A4
Perlaksanaan:
1.Fasilitator mengagihkan kertas A4 kepada peserta.
2.Fasilitator memberikan arahan; ”Anda diberi masa 15 minit untuk melukis gambar keluarga anda”
3.Selepas peserta selesai melukis gambar keluarga mereka minta mereka menceritakan tentang setiap ahli keluarga mereka.
4.Peserta digalakkan bertanya soalan.
P: Rancangan Temubual
Bahan:Kamera Video atau Handphone mempunyai kamera video.
Perlaksanaan:
1.Fasilitator meminta peserta memilih pasangan mereka.
2.Setiap peserta perlu membuat rakaman temubual bersama rakan mereka. Mereka perlu saling menemubual. Setiap seorang perlu menyiapkan rakaman temubual selama 5 minittentang rakan mereka.
3.Cara persembahan terpulang pada kreativiti peserta.
4.Peserta diberi masa seminggu untuk menyiapkan temubual.
5.Pada hari yang ditetapkan, fasilitator akan menyiapkan Komputer dan LCD Projektor untuk menayangkan hasil rakaman mereka.
Q: Ada Apa Dengan Nama
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memulakan aktiviti dengan berkata,”Setiap orang mempunyai nama. Setiap nama mempunyai kisah yang tersendiri. Kemungkinan nama dipilih bedasarkan nama tokoh-tokoh tertentu, nama yang unik atau sebagainya. Anda perlu menceritakan kisahdisebalik nama anda.”
2.Fasilitator boleh turut serta dalam aktiviti ini.
*Kita akan terkejut setiap nama mempunyai kisah yang tersendiri. Permainan ini boleh dipelbagaikan dengan membincangkan nama gelaran yang diberikan oleh kawan dan sebagainya.

R: Kenangan Terindah
Bahan:Pensil dan kertas
Perlaksanaan:
1.Fasilitator bermula dengan bercerita,” Setiap seorang mempunyai kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Anda semua diminta melukis kartun untuk menceritakan tentang kenangan terindah anda. Anda diberi masa selama 30 minit untuk mengingat kembali dan melukis kenangan terindah anda.”
2.Minta peserta membentangkan storyboard masing-masing untuk diceritakan kepada rakan-rakan mereka.
* tidak boleh melukis bukan alasan dalam melaksanakan aktiviti ini. Penggunaan lukisan orang lidi dibenarkan


S: Aku Ingin Mengubah Dunia
Bahan: Tiada
Perlaksanaan:
1.Fasilitator mengagihkan kertas A3 dan memberikan arahan, ”Anda diminta menceritakan cita-cita anda. Bagaimana cita-cita anda boleh membantu dalam mengubah dunia. Cita-cita anda hendaklah divisualkan dengan melukis lakaran dalam bentuk visual.”
2.Peserta diberi masa 20 minit untuk melukis dan selepas tamat setiap peserta membentangkan hasil lakaran mereka.
3.Pada akhir sesi, para peserta perlu memberikan kata-kata semangat kepada pembentang.
T: Pakaian Kesukaan
Bahan: Pakaian kesukaan peserta.
Perlaksanaan:
1.Sebelum aktiviti ini dijalankan, fasilitator memaklumkan lebih awal kepada pesertaagar bersedia dengan pakaian kesukaan masing-masing.
2.Semasa aktiviti, fasilitator akan meminta peserta berkongsi kisah mengapakah pakaian yang mereka itu menjadi pakaian kegemaran mereka.
3.Jika ada peserta yang tiada pakaian kegemaran, tanya apakah cara mereka memilih pakaian yang mereka pakai.
*Boleh dipelbagaikan dengan menggunakan tema anak patung kegemaran, topi kegemaran,barang kegemaran atau bantal busuk kegemaran

sumber:scribb

knak la Iza xda jumpa bnda tk dr dolok gk..hmm ~_~"

Segala Puji Bagi ALLAH~

Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum..
hurray Iza balit!!! insyaALLAH..
i'm coming home...
dan ianya terpaksa di awalkan dari perancangan awal
sbb ada appoinment medical check-up bln 12..hmm tetiba nebes utk medical check-up
hope i can pass~

Sunday, 21 October 2012

MIA~

Bismillah~..
assalamualaikum.
sungguh menyedihkan ini hari..huhu..
baru jk marek Iza kuar mbak beg duit..then br jk pg tk Iza masukkan dalam beg k mbak g training d unimas..
then, bila g unimas Iza ngkah la beg d bhgn selalu..when the time comes to buy some ice cream.cek2, alu  xda lm beg...ok fine, maybe Iza terlupa kot, xda ngkah..Iza cadang nak balit la konon tek..kot2 sempat..tapi Iza dh cari merata2..gk jwk xda..kwang3...cney dh tuju beg duit ya koh??? huhu...Ic pa suma rh cia..isk3..ujian..dugaan..cabaran...agak mustahil mun orang nk amik sbb dlm ya duit syiling jk banyak plus note warna biru..hehe...and, handphone xda plak nya amik...dlm beg ada 3 igek phone...mun bena ada org amik la..tp rasanya bukan kena amik la..mudahan..huhu..missing in action Iza mpun beg duit ya..ottoke naa??..~.~"

unexpected::naik pangkat~

Bismillah..
Assalamualaikum..
although i was about to leaving..tapi tetap jwk Iza di berik rank holder...i'm assuming i just get the senior appulet...tapi hakikatnya Iza dapat pegawai kadet sarjan senior..huhu..=_="
S/U JPMQ dh lepas dapat gk jd sarjan senior..boleh x mun xboh berik jawatan tinggi2 ngan Iza??i dont even think that i'm qualify enough to fulfil the post..huhu.. T_T
tk la Iza mpun pangkat knek...pegawai kadet sarjan senior(PK Sjn. Senior)...3 balak 3 paku pdh urg..
berat terasa dibahu...
masih panas terasa bahang amanah baru..

padahal Iza bakal xda gk next sem..agk la alang2 sbnrnya..x lamak gk nak tauliah kot..cgek sem jk gk..
xpa la...insyaALLAH ada yang lebih baik menanti Iza diluar sana..=)

ya jak tek....hehe...sabtu ahad isnin selasa ada training..esk gabunng gk ngn unimas cm hr tk tek...esk pelajaran buat model and baca perintah(praktikal) sbb teori dah belajar hr tk tek..harapnya bukan Iza lahh yg baca perintah ya klak..huhu..tapi probability Iza bakal baca ya besar..hmm..have to be prepared....T_T...

wassalam...moga ALLAH bantu dalam melaksanakan tugas@ amanah yang baru ini sebaiknya...amiin~

Friday, 19 October 2012

maaf~

Bismillah
Assalamualaikum..

assumption was made, decission also have been taken..
maaf, i'll just let the assumption stay on your mind..without any effort on clearing it..
maaf, Iza akan biarkan ia begitu tanpa mempertikaikannya..
maaf, Iza pergi meninggalkan banyak perkara..
maaf, ada yang lebih utama yang perlu diutamakan
maaf, sukar untuk Iza mengambil jalan ini tapi Iza harus bukan kerana terpaksa.
maaf, atas banyak rahsia yang tidak pernah terungkai
maaf, atas luahan rasa yang tidak pernah terlafaz
maaf, untuk ukhuwwah yang hambar
maaf, untuk perlakuan yang kurang menyenangkan
maaf, untuk kejadian yang tak diingini
maaf, untuk hati dan perasaan yang terguris
maaf, atas perasaan yang tidak difahami
maaf, atas masalah yang tidak didengari
maaf, atas luahan rasa yang terkecewa
maaf, andai diri tercuri hati
maaf, untuk setiap titis air mata yang jatuh
maaf, atas ruangan hati dan fikiran untuk diri
maaf, atas masa yang dicuri
maaf, tidak pernah terlintas Iza meninggalkan dengan keadaan yang sebegini...
maaf, untuk segalanya.....~

Tuesday, 16 October 2012

Hanya lafaz dibibir bukan dihati..
no wonder..

Monday, 15 October 2012

self esteem or self concept?

Bismillah
Assalamualaikum...
I got what I want..alhamdulilllah..
but, i'll not stop what i've already start
why it must be january 2013 not december 2013 intake

sekelip mata ALLAH uji untuk istikarah..baru jk malam tadi Iza berbicara soal istikarah dengan ukhti...choose either my self esteem or my self concept..hmm..
suppose to be Iza ada interview hari tk tek sesi pagi...but i'm not going, then comes "berita terkini" from my sis state that i got that position from my last interview and i need to register on january 2013..
ouh my..i'm about to be speechless..
oraitss..just a short update cuz i've examination this afternoon..alfatihah~

ya ALLAH moga KAU permudahkanlah segala urusan on the baby step....
wassalam..

moga yang terbaik jua dariNYA~ :D

Yang dicari,
walau bukan putera Raja, biarlah putera agama
Yang diimpi,
biar tak punya rupa, asal sedap pandangan mata
Yang dinilai
bukan sempurna sifat jasmani
asalkan sinar rohani, sempurna hati
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat
Yang datang,
tidak perlu rijal yang gemilang
kerana diriku srikandi dengan silam yang kelam
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata
cukuplah sekadar akad dan janji setia
DAN yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati
diri ini redha ketetapan Ilahi
itulah ketentuan sejak azali...

Saturday, 13 October 2012

misi 50K...aloha~..hehe

Bismillah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..murah rezki...sebelum paper terakhir Iza..hari2 masak tomyam..have to practice earlier.so, it will be easier in the future..hmm..eyh??

marek, ada career talk from bakun..sarawak hidro..hehe..maaf, sahabat2..lpk nk pdh Iza x g suro mlm tek..everything in rushing..Iza petang ya tdo cm x sedar dirik jk..huhu.ng ngntok glak2 lh mksdnya...pasya  terus bersiap g talk ya..hmm..habis talk kul 10pm..alu Iza g smbung tdo..entah pa la yg kepak glak..hmm..rasa entah pa2 jk..tgh mlm bgn gk...konon nk stdy tp alu tga cta sherlock holmes..~_~"

hari tk..Iza terlewat bangun, nsib smpt bgn subuh..sbb tga cta sherlock ya smpey hbs la pnya psl..hehe..pas subuh sambung tdo balit..=.="..bangun2 jk dh tgh hr..waseyh..memang jobless jk..terlalu kepak badan sebab  tdo byk glak..hoho xP..so Iza cr keja nk plh utk regang2 bdn..teringat bju blm d angkat alu angkat jemuran then trus la kemas bilit..hmm alu Iza kuar lambat hari tk...petang pas asar br kuar.tujuannya, nk bli brg2 k training plus groceries..k apa groceries???..k masak la..Iza have to save budget..balance diet b4 training spaya stamina xdown..hehe...pasya kuar x sedar diri jk Iza..balit lmbt pasya..dh marek Iza x g suro, alu hr tk tek Iza dpt msj cinta "suro kirim salam"..haha..first time selama 5 sem...hmm..syukran for the reminder..(nmpk anda dirindui di situ!!! xP).sbb br 2 hari x g..kwang3...hehe...bkn xmk g hr tk tek tp x sempat..sebab Iza dr luar tek, kepak plus perut menyanyi lagu keroncong minta diisi..hampir terlepas wktu..oh, semua bnda la..everything in misery, inorganize...mlm tk tek Iza makan tomyam ayam.bakat terpendam hanya terkeluar disaat desprate jk..hoho..ummi x boh riso Iza x makan ctok k..Iza pandey masak la, dh terer dh..lak kt rumah just ask anything,insyaALLAH anak ummi tk boleh jk masak..(ummi mk celen ka sapa terer gk..abi jd judge..haha =P).weee~

misi 50K ho..hehe..panjang membebel belum explen gk sal misi 50K..hmm..marek nk ka ada talk bakun ya..ada la nya pdh nya mpun senior engineer(entah brp taun udh nya keja) pnya gaji basic is 50K!!!! wow!!! amazing yaww..eyh salah..subhanALLAH!!!..hehee....ca ching2 $.$...haha...misi start now..

oraitss..WBRBS..will be right back soon..
wassalam...
jaga ADIK =)

Friday, 12 October 2012

terima kasih~