Sunday, 5 February 2012

budak letrik bicara kesihatan...(1)

DisAdvantages of eating while standing

1. apabila berdiri, saraf2 manusia berada dalam keadaan tegang.ia sedang bekerja keras untuk memastikan kedudukan otot stabil agar tubuh tidak jatuh semasa berdiri, ini melibatkan kombinasi banyak sistem saraf yang mengkoordinasi sistem otot teermasuklah sistem saraf dalam usus.
makan atau minum semasa berdiri juga boleh meransang saraf yang mengawal perut(vagus nerve). urat ini berfungsi untuk memperlahankan jantung. ransangan saraf vagus ini boleh menyebabkan jantung menjadi perlahan dan menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan atau pitam seketika.
2. makan atau minum sambil berdiri juga boleh menyebabkan luka atau ulcer pada perut. makanan dan minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus seseorang menyebabkan ulcer atau luka berlaku..kajian perubatan mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat yang biasa berlakunya perlanggaran antara makanan dan dinding perut.
3. makan atau minum semasa berdiri boleh menyebabkan kerosakkan pada salur pencernaan. jika hal ini berlarutan, ia akan menyebabkan usus jatuh dan hilang sebagai fungsinya

sumber:m/s 55


sabda rasulullah SAW:
"Janganlah ada di antara kalian bersungguh - sungguh minum sambil berdiri,sesiapa yang lupa hendaklah dia memuntahkannya." [HR Muslim]


No comments: