lama benar Iza dh xda htr pesanan or peringatan...
lama jua x bertahajjud or qiyam
ALLAHu...knp begini diriku
bertanya khabar mahupun salam jua sudah berkurangan
hendak dikatakan sibuk dengan urusan, tiadalah sesibuk mana
meski tidak diundang tapi Iza tahu ada seorang yang menginginkannya...
maaf, mungkin akan tiba waktunya Iza akan bermula semula..
kerana kini Iza mahu membangun kembali emosi yang merundum jatuh dan patah...
terus terang, Iza tidak suka kehidupan sekarang..menjadi pelarian...budak yang agak skema dan berdisiplin pada dahulunya bertukar menjadi sebaliknya...letih, kepak, sakit dan sebagainya dirasakan..tahu, apalah gunanya meratapi nasib sedang ia sudah berlalu...disejukkan hati dengan kalimah hikmah "pasti ada maksud tersurat dan tersirat"...yup, segalanya yang berlaku pasti ada hikmahnya..Iza percaya itu....
maafkan Iza andai sukar melihat senyuman dibibir meski selama ini senyuman sentiasa terukir..walau tidak semanis mana tapi sekurang2nya Iza tahu ia menyejuk hati menutup duka..huhu
ALLAHu~ sungguh diri merindui diri yang dahulu...namun apadayaku..hidup harusnya diteruskan...meski sentiasa teruji dengan kata2 sendiri yang terlafaz...diri ini merasa bersyukur kerana diuji..kalau tidak diuji masakan ada pengajaran buat diri...apa yang pasti, moga petunjuk ALLAH itu sentiasa Iza miliki..apakah yang terjadi pada diri andai petunjukNYA bukan milikku lagi..naudzubILLAH..
hari ini hati teruji lagi~
kasih sudah terpaut pada keindahan ukhuwwah di dalamnya
sudah terbiasa menyertainya, walau terkadang ada jua yang terlepas..
diturutkan rasa hati tiadalah mahu meninggalkannya
tapi sudah tersurat, perjuangan di sini hanya setakat ini....Iza bakal meneruskan perjuangan di tempat baru..moga di sana keindahannya tiada tolok bandingnya...
mode: sayonara UiTM~
diturutkan rasa hati tiadalah mahu meninggalkannya
tapi sudah tersurat, perjuangan di sini hanya setakat ini....Iza bakal meneruskan perjuangan di tempat baru..moga di sana keindahannya tiada tolok bandingnya...
mode: sayonara UiTM~
No comments:
Post a Comment