yang pertama..wajib bertudung(khimar) atau menutupkan kain meliputi kawasan dada
firman ALLAH SWT:
ertinya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[surah an-nur : 31]
yang kedua....tutuplah kecuali muka dan tapak tangan
hendaklah pakaian yang dipakai menutup seluruh badan sehingga hanya muka dan tapak tangan sahaja yang nampak:
dalam surah annur ayat 31(rujuk ayat diatas) ada menyatakan yang bermaksud..:"...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..."
disini ayat "yang terzahir daripadanya" merujuk kepada muka dan tapak tangan yang mana memang rutin untuk terlihat...namun seperti di beberapa buah tempat, dek kerana wajah wanita itu terlalu cantik ciptaannya..dinasihatkan agar wanita itu memakai purdah supaya tidak terjadinya fitnah..
yang ketiga...wajib memakai baju longgar(jilbab) yang menutupi seluruh tubuh..
(yang ni tadi ustazah rohayah ada sebut masa fardu ain)..^__^
firman ALLAH SWT:
ertinya: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yanng demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Surah al-ahzab : 59]
sengaja di bold n dikalerkan word 'dikenal' n 'tidak diganggu' supaya kita berfikir tentang hikmahnya kita menutup aurat...x kira la macam mana jenis baju kita sebagai wanita yang nak digunakan, fesyen macam mana pun...TAPI perlu diingat agar ianya berlandaskan syariat..kan ada syariat pakaian 'takwa' seorang muslimah..
antara ciri2nya;
(pernah disampaikan di surau gading 3 oleh ustazah nadiyah tajuknya "ramaja dan fesyen" klu x slp
la..hee^__^)
Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.
Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki.
Ciri Keempat: Tidak jarang kainnya.
Ciri Kelima: Tidak menampakkan bentuk badan.
Ciri Keenam: Tidak mengenakan wangian pada pakaian.
Ciri Ketujuh: Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.
Ciri kelapan: Warna yang suram, tidak terlalu garang hingga menarik perhatian
boleh rujuk sini ^__^ atau klik sini =)
yang keempat...Kisah Asma' Binti Abu Bakar Dilarang memakai pakaian nipis...
daripada Aisyah r.a katanya:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
jom kita tutup aurat....jadikan pakaian kita itu bertakwa...xkn la mk kita jk bertakwa, pakaian pn mk jwk...hehhe..
wALLAHu a'lam....moga bermanfaat^___^
credit ...syukran...
wanita yang baik bermula dari pakaiannya terus ke pergaulannya(akhlak+percakapan), terus lagi ke hatinya, terus lagi ke????pandai2 la fikir sendiri...hee..
waALLAHu a'lam..moga kita dalam golongan insan yang sentiasa berfikir..
..amiin..
..amiin..
yang mana satu adalah kita??
credit:...syukran...
wALLAHu a'lam













