Bismillah...
Assalamualaikum...
bukanlah aku insan yang paling baik
tapi ada sedikit yang aku lebih baik
maka ambillah yang baik itu
kerana aku juga mengambil
sedikit yang baik dari kamu
sama-sama kita saling mengambil yang baik-baik saja
bi iznILLAH ukhuwwah fillah
jangan menghukum aku
dengan kamu menganggap aku yang terbaik
sehinggakan apabila aku melakukan khilaf
kamu juga ikut sekaki melakukannya
sungguh aku tidak ingin menjadi asbab kamu
apabila ditanya di mahsyar nanti
aku mahu kita saling ingat mengingati
andai aku salah kamu tegurlah aku
kerana aku juga insan biasa yang memerlukan teguran dari kamu
kerana kamu adalah saudaraku
dan aku adalah saudara kamu
aku ingin sekali kita berpegang tangan mencari redhaNYA
dan berpimpin tangan menuju jannahNYA
dengan hati berbunga-bunga
dan senyuman gembira berseri-seri
menawan hati para penghuni syurga yang lainnya
...
s/n: mode selepas KKI as fasiliatator...
sungguh Iza rasa x layak untuk menjadi yang terbaik tapi mencuba menuju ke arah yang terbaik..ALLAH, sungguh Iza terasa diuji dengan bemacam2 perasaan untuk yang kali ini..moga KAU bantu menepis perasaan mazmumah dalam hati ini ya RABB kerna hanya ENGKAU yang mampu membolak-balik hati ini...huhu...
p/s: moga ALLAH beri kefahaman pada adik2 KKI dalam memahami apa yang Iza sampaikan...huhu =_="
No comments:
Post a Comment