Iman...
segalanya memerlukan kepercayaan
segalanya berpaksi menuju kepada kebenaran
andai semuanya mendalami erti iman
dengan sebenar-benar kefahaman
meski jauh
terasa begitu hampir
umpama
cubit paha kanan yang kiri pun terasa sakitnya
begitulah yang dikatakan berpaksi dengan iman
"kata sahabat?"
"kerana aku saudara kamu"
antara ungkapan biasa
namun tafsirnya begitu menusuk kalbu
kepada siapa yang membenarkan hati memahaminya..
kadang-kadang diri terlepas pandang
membiarkan syaitan menghasut diri
cemburu sering hadir tanpa diundang
apa tujuannya, tidak pasti
pastinya agar berantakkan
namun jika tidak sebegitu
namun jika tidak sebegitu
layakkah menyatakan kita bersahabat dengan iman
tetapi tiada ujian dalam perhubungan?
Imam Ghazali telah berkata
sesungguhnya ukhuwwah itu bukan terletak pada selalunya bertemu
namun pada
bagaimana ingatan seseorang itu terhadap seseorang di dalam doanya..
sekali lagi harus iman menjadi tunjang hubungan
serendah-rendah ukhuwwah ialah SALAMATUS SODR(berlapang dada)
setinggi-tinggi ukhuwwah adalah AL-ITSAR
serendah-rendah ukhuwwah ialah SALAMATUS SODR(berlapang dada)
setinggi-tinggi ukhuwwah adalah AL-ITSAR
iman...iman...iman..
dan iman...itulah dia..
mahukah perbaharui persahabatan kita?
sudikah kalian menerima huluran persahabatan ini?
persahabatan berpaksikan iman bertunjangkan taqwa
bi iznILLAH,
uhibbuka/i fillah...
“Sesungguhnya orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat Allah kepadanya, maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakal kepada Tuhannya.” (QS Al-Anfal:2)
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."(QS al-Hujurat:10)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?"(QS al-Ankabut:2)
“Dan orang-orang yang telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dlm hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran darinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS Al-Hasyr: 9)sabda baginda Rasulullah SAW:
"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (HR Muslim).
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim." (HR Bukhari).
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”(HR Muslim)wALLAHu a'lam...
salam muhasabah.. moga persahabatan yang terjalin kini menjadi titik tolak untuk bersama mencari dan menggapai redha Illahi....illa mardhatILLAH... =)
awak, jangan jalan di belakang saya, saya tidak rasa saya mampu nak pimpin awak.
awak, jangan jalan di hadapan saya, saya tak rasa saya cukup laju untuk ikut awak.
awak, boleh tak awak tolong berjalan disebelah saya, jadilah sahabat saya.
saya nak awak jadi sahabat saya. dunia dan akhirat, insyaALLAH.
"saya sayang kamu, dunia akhirat. kalau kamu masuk syurga, saya nak ikut. kalau kamu terjun ke dalam neraka, saya pun akan terjun jugak untuk tarik kamu semula naik ke syurga. saya sayang kamu, sahabat!"
No comments:
Post a Comment