Assalamualaikum..
alhamdulillah,
tak tahu macam mana nak mulakan untuk tajuk ni..
yes, berubah..Iza tahu anda ingin sekali berubah atau lebih tepat lagi HIJRAH.. yang tak bertudung jadi yang bertudung, yang bertudung mula melabuhkan pakaian mereka, yang tak pernah berstokin dan stongan mula memakainya..dan macam-macam lagi perubahan atau penghijrahan yang anda ingin buat. yang pasti penghijrahan menuju ke arah kebaikan yang bakal mencapai redha ILLAHI, insyaALLAH.. =)
apa yang Iza nak tekankan di sini...tetiba word "tekankan" menjadi popular semenjak dua menjak ni...hee...maaf, tapi 25 ribu rius Iza nak kata betapa seriusnya Iza nak tekankan TOLONG JANGAN HIJRAHNYA TERLALU DRASTIK...Iza dah guna word terlalu drastik...drastik bukan dah cukup pantas ke?..maksudnya kat sini lebih pantas daripada pantas..eyh2, makin berbelit pulak ye...maaf2...ok, anda faham la kan apa maksud Iza?? =)
kenapa jangan terlalu drastik? sebabnya nanti, yang pertama kita mudah nak istiqomah untuk hijrah kita..kalau terlalu drastik nanti takut kita sendiri yang rasa terbeban dengan penghijrahan yang kita lakukan..susah ke nak bayangkan???
meyh Iza bg pembayang yang lebih mudah...
cuba anda bayangkan situasi sekarang adalah, anda harus membuat satu delivery yang mana berat barang itu dalam 50kg dan jauh penghantaran adalah 5 tingkat, anda tidak diberikan kemudahan seperti lift melainkan tangga sahaja. hanya menggunakan segenap kudrat yang ada....tidak mungkin anda mampu membawa barang 50kg hanya dengan dua ke tiga langkah untuk sampai ke tingkat 5 kan??? harus naik tangga perlahan2, harus ada peluh yang keluar..sedikit2 tangga dinaiki untuk sampai ke tingkat 5..hmm begitulah juga dengan penghijrahan kita atau lebih mudah lagi...cuba try test tengok baby membesar. anda ada adik atau anak buah kan? anak saudara ke?
ce tengok, lahir2nya mereka ke dunia terus boleh berdiri ke?atau terus boleh bercakap?
ada proses2 yang perlu dijalani..dan bila dah pandai berdiri, dalam suatu jangka masa yang baby tu hanya pandai berdiri dia akan excited nak berlari sampailah dia pandai berlari..dan jangka masa ni lah yang dipanggil istiqomah....yang mana akhirnya kita yang dah besar ni pun tak merasa terbeban dengan berjalan, berdiri berlari...kan3 ^____^
tak nak cerita pasal orang lain, Iza nak cerita sal Iza sendiri.Iza dulu budak biasa jugak tapi sekarang alhamdulillah dah ok skit..start umur baru nak mumayyiz..dari free hair dah mula pakai tudung.masa baru belajar pakai tudung ni la besar dugaannya, habis kena kutuk pa semua..main tarik2 pun ada..yelah masa tu tak pandai nak pakai..agak berserabutlah..hoho xP
dah bertudung, belajar tutup tangan dan kaki...urat tu urat..malu la orang nampak perempuan nampak urat..hehe..pastu belajar pakai baju besar2 skit, songlap baju kakak(tak baiknye kan) tapi kakak memang bagi pun..hee. mula2 memang panas sesangat bila main tutup2 semua tu.rasa nak pengsan pun ada.. tapi mana lebih panas berbanding neraka ALLAH?..tudung yang silang perlahan2 turun jadi 3 pin(atleast), supaya tak nampak dada..malu weyh lelaki tengok!!!yelah tengah puberty kan..hee.. dah la masa tu Iza agak aktif nak main kejar2, lompat2, panjat2..dah tu budak2 lelaki pun memang suka main tenung2..huh! gerun kot..bila dah terpaksarela tu menjadi terbiasa, Iza belajar untuk maintainkan..dah terbiasa, mula la cek2 apa yang patut...masa tu syukur, sahabat2 sentiasa di samping..rindu anda sahabat!!!(tetiba rasa nak nangis T_T..bila kita nak jumpa gik sahabat?)..since form 5 we're not meet yet...siyes, bila dah rasa selesa main tutup2 walaupun terpaksa, akan terasa pelik when we back to the start..masa Iza ambil agak lama untuk melakukan penghijrahan..yelah, orang kata kalau tak berubah sekarang bila lagi kan? kiamat dah nak dekat, entah2 ALLAH tarik nikmat nyawa sebelum kiamat, mungkin esok..mana kita tahu kan..Iza dah lama mula anda pula bagaimana wahai saudara2 ku? kalau nak tunggu seru, bila la pulak nak sampai kan??
renungi firman ALLAH:
"InnAllaha laa yoghayyiru maa bi Qawmin hattaa yoghayyiroo maa bi anfusihim" yang bermaksud:~
"Allah tidak akan mengubah apa yang ada dalam mana-mana kaum, sehingga mereka semua bersama melakukan perubahan dalam apa yang ada dalam diri mereka sendiri. "(QS ar-Ra'ad 13:11)sekarang la masanya!!! lagipun tak lama lagi ramadhan al mubarak akan tiba..apa kata jadikan bulan ramadhan ini satu titik tolak dalam penghijrahan kita...jom la reramai...hmm semoga ramadhan ini menjadi satu titik penghijrahan yang lebih baik, bi iznILLAH...
"innama a'malu binniat"-hadis 1
mulakan lah dengan niat dan teguhkan lah pendirian terhadap nawaitu^__^
salam muhasabah wa ukhuwwah fillah....
wALLAHu a'lam..
wassalam...
s/n: Iza pun start buat satu lagi penghijrahan...moga penghijrahan itu yang baik2 saja..bukan yang sebaliknya...^___~
No comments:
Post a Comment